nubelson fernandes mY9NpmCwwKE unsplash scaled
nubelson fernandes mY9NpmCwwKE unsplash

5 Kesalahan Bila Nak Mulakan Tabiat Baru

SETIAP daripada kita pasti mempunyai sekurang-kurangnya sekali rasa untuk mengubah kehidupan menjadi lebih berkualiti dan kebiasaanya bila mengimpikan untuk mengubah kehidupan pasti dimulakan dengan memasang niat atau strategi.

Malangnya, kebanyakan kita gagal konsisten dalam melakukan perubahan rutin baru dan akhirnya kualiti kehidupan yang diingini tidak tercapai. Berbalik kepada diri kita sendiri, cari di mana kesalahan dalam mengubah rutin baru.

getty 843847552 330966
Kejayaan datang dengan langkah yang kecil. (Sumber: Getty Image)

Kalau tak dapat cari di mana punca kesalahan itu, jom kita lihat beberapa kesalahan di bawah.

Tidak mementingkan kualiti

Mungkin disebabkan terlalu excited, ada antara kita menyenaraikan terlalu banyak perubahan sehinggakan gagal memberi fokus. Percayalah, bila kita terlalu inginkan banyak perubahan dalam satu-satu masa, ini akan menimbulkan tekanan dan emosi negatif. Rilek je! Hidup kena enjoy.

Tidak salah untuk bermimpi melakukan banyak perubahan, tetapi kalau boleh kita buat satu aspek perubahan sahaja dalam satu-satu masa, tapi berkualiti sekali gus mampu memberi semangat untuk melakukan rutin baru yang seterusnya. Ini dibuktikan dalam perbahasan atas talian, coach.me.

The importance of focus - Reputation Today
Fokus jangan sampai menimbulkan aura negatif (Sumber foto: Reputation Today)

Tidak sabar dan terlalu gopoh

Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal European Journal of Social Psychology, untuk membiasakan kita melakukan rutin baru dengan konsisten, lazimnya akan mengambil masa selama 18 sehingga 254 hari.

Malah, dalam buku Psycho-Cybernetics yang di tulis oleh Dr. Maxwell Maltz, dalam pemerhatian seseorang individu membuktikan seseorang manusia memerlukan 21 hari untuk melupuskan rutin lama dan menggantikan dengan rutin yang baru.

Jadi, beri masa kepada diri kita untuk mengubah rutin baru. Jangan gopoh! Tiada perkara yang boleh buahkan hasil hanya dalam jangka masa pendek.

Tidak bersedia

Setiap perkara yang kita lakukan pasti ada cabaran kerana kehidupan kita tak akan lari daripadanya. Perkara ini akan membuatkan segelintir daripada kita mudah putus asa selepas mencuba beberapa kali untuk memulakan rutin baru.

Bagi memastikan rutin baru berjaya dilaksanakan dengan konsisten, cuba fikir kumungkinan masalah yang mungkin anda hadapi dan buat persedian yang wajar tanpa merasa putus asa. Dengan persediaan, setiap cabaran akan dapat kita hadapi dan lalui dengan baik.

 

Terlalu berharap

Menurut pengkaji bebas, James Clear, apabila ingin melakukan apa-apa perubahan, anda harus fokus kepada tingkah laku, bukan kepada hasilnya kerana sekiranya terlalu fokus kepada hasil, lama-kelamaan anda akan kecewa dan cenderung untuk menyerah kerana ada risiko hasilnya tidak seperti yang anda jangkakan.

Hidup kena rilek, pasang niat dan terus berusaha dalam melaksanakan. Cepat atau lambat, biarkan. Kita bukannya dalam perlumbaan. Sebaiknya, fokus kepada sikap diri iaitu bagaimana untuk meningkatkan usaha hari demi hari.

 

Vibe sekeliling kita

Akhir sekali, perkara sekeliling kita akan menentukan ketekalan kita mengubah tabiat. Menurut kajian dalam Inc. oleh Melissa Chu, persekitaran juga memberi kesan dalam melakukan perubahan. Jika vibe sekeliling mempunyai aura positif, maka anda akan termotivasi untuk terus melakukan perubahan walau apa jua cabaran dan masalah yang mendatang. Jika sebaliknya, mungkin agak sukar.

Tidak dapat dinafikan agak sukar untuk melakukan perubahan dalam rutin harian untuk mendapatkan kualiti hidup tapi, kita boleh berjaya kalau kita elakkan perkara-perkara di atas.

Mulai sekarang, luangkan masa lima sehingga 10 minit untuk tenangkan fikiran, elakkan mengambil makanan ringan terutama bila waktu malam, keluar sekejap dari masalah yang tidak membantu anda apa-apa.

 

Sumber: Medium