DTGpx5BU0AERz29

5 Petanda Kita Dikelilingi Orang Toksik Tanpa Sedar

ADA banyak jenis orang yang kita jumpa sepanjang hidup. Ada yang datang dan pergi. Ada juga yang berada di sisi kita dalam tempoh masa yang lama.

Namun, ada juga yang mempunyai ciri-ciri toksik tapi kita tak ambil pusing tentangnya.

Susah sebenarnya nak berurusan dengan manusia toksik ini. Mereka susahkan benda yang mudah. Bukan itu sahaja, mereka akan bagi kita tekanan yang berterusan. Jadi, elok betul kita jarakkan diri daripada manusia toksik untuk memberi ketenangan kepada minda dan kehidupan kita.

Jika orang yang anda kenali mempunyai ciri-ciri ini, mungkin mereka ialah manusia toksik tanpa anda sedari.

 

Buat kita serba salah

Perasaan serba salah boleh jadi senjata utama manusia toksik untuk mengawal orang lain. Contohnya macam ini. Katakanlah kita ada projek yang kena selesaikan dalam masa yang terdekat. Kawan toksik kita tiba-tiba telefon ajak lepak.

Perasaan serba salah boleh jadi senjata utama manusia toksik untuk mengawal orang lain. (Sumber foto: E-health.org)

Mestilah kita akan tolak permintaan itu, kan? Lepas itu mulalah dia buat ayat sedih tak ada kawan nak ajak makan la. Sunyi la. Apa la. Kita pun apa lagi, secepat kilat tinggalkan kerja sebab nak keluar dengan dia. Ingat tau, mereka memang selalu buat kita rasa serba salah untuk kawal kita.

 

Senang cemburu

Jika ada perkara gembira yang terjadi kepada kita, mestilah orang terdekat ini akan turut berasa bahagia untuk kita. Tapi manusia toksik pasti akan memberikan reaksi yang sebaliknya. Katakanlah kita baru sahaja berjumpa seseorang dan memulakan hubungan percintaan baru. Kawan toksik kita pula akan cemburu dan mulalah untuk lakukan apa sahaja supaya hubungan percintaan kita gagal.

 

Harap orang layan mereka macam dewa

Manusia toksik selalu merasakan mereka lebih hebat dan berkuasa daripada sesiapa. Mereka percaya yang mereka patut diberikan layanan istimewa. Oleh itu, mereka tak kisah kalau potong barisan di pasar raya sebab mereka memang tak hiraukan perasaan orang lain.

Toxic People
Manusia toksik selalu merasakan mereka lebih hebat dan berkuasa daripada sesiapa. (Sumber foto: Daily Family)

 

Tak jaga batas

Mereka keras kepala dan ikut suka hati mereka sahaja nak lakukan apa-apa. Mereka akan telefon kita setiap masa walaupun semasa kita sedang bekerja. Mereka akan mengamuk dan marah kalau kita tak angkat telefon atau balas mesej. Itulah manusia toksik, mereka tak pernah hormat peribadi orang lain.

 

Perlekehkan pilihan kita

Indahnya hidup ini kalau kita semua boleh terima perbezaan pendapat, pilihan dan personaliti seseorang. Maklumlah, kita semua dibesarkan dengan cara yang berbeza. Tapi, manusia toksik tak boleh kalau orang lain berbeza dengan mereka. Mereka akan perlekehkan setiap pilihan yang kita lakukan.

Begitulah antara ciri-ciri manusia toksik. Kadangkala tanpa sedar, kita pun memiliki beberapa ciri itu.

Namun, masih belum terlambat untuk ubah semuanya. Namun jika manusia terdekat kita memiliki ciri-ciri yang dinyatakan, bolehlah perlahan-lahan jarakkan diri dengan mereka.

Jangan biarkan mereka merampas kebahagiaan kita!