llevar siempre misma ropa aumenta productividad 1 1200x819 1
llevar siempre misma ropa aumenta productividad 1 1200x819 1

5 Sebab Kenapa Orang Hebat Pakai Benda Sama Setiap Hari

FESYEN ialah industri yang sangat dinamik dan menjadi obsesi kepada sebahagian orang. Ada yang sanggup menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk memastikan sesetengah barangan terhangat fesyen terkini berada dalam almari pakaian mereka.

Namun, dah banyak juga kritikan diberikan kepada trend fesyen semasa. Rata-rata pembeli sudah beralih dan lebih memilih untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih minimal.

Kalau anda perasan, mereka yang disenarai sebagai paling berjaya di dunia seperti Steve Jobs dan Mark Zuckerberg selalunya mempunyai gaya pemakaian yang serupa. Ramai juga yang menyedari hal ini dan mula tertanya-tanya apa agaknya alasan paling munasabah pemilihan gaya pakaian mereka.

Berikut ialah 5 sebab yang boleh difikirkan kenapa agaknya individu paling berjaya di dunia lebih selesa mengenakan gaya baju yang serupa.

main qimg 79a1c3849b5266bb4e57ef6918c45968
Gaya pemakaian mendiang Steve Jobs antara yang dapat diperhatikan hampir serupa sepanjang masa (Sumber foto: Quora)

 

Menghadkan pilihan

Memandangkan mereka sangat sibuk dan masa mereka sangat berharga, maka mereka tidak suka memeningkan kepala untuk fikir baju apa yang nak dipakai pada waktu pagi. Obama pernah kata bahawa beliau hanya akan kerap memakai baju kelabu atau biru. Beliau tidak mahu buat keputusan perkara seperti itu memandangkan banyak lagi keputusan yang beliau nak buat.

 

Kurang tekanan

b22954a5059fb9abcac4fa825ce45ec3
Tak perlu pening nak fikir pakai baju apa. (Sumber Foto: Pinterest)

Berapa banyak orang yang penat nak fikir baju apa yang mereka nak pakai hari tersebut. Bayangkan kita kena masuk kerja pukul 9 tapi kita masih terkial-kial nak pilih baju apa kena pakai. Ada baju yang kita rasa terlalu formal, terlalu pendek, terlalu kusam, terlalu menonjol dan banyak lagi la yang serba tak kena. Tapi bila kita hanya ada satu gaya sahaja apa yang kita nak pakai, terus hilang tekanan kita.

 

Jimat tenaga

Christopher Bolan pernah mengakui bahawa memang banyak tenaga nak kena guna untuk fikir apa nak kena pakai setiap hari.  Pakaian yang banyak juga menyebabkan kita kena ada ruang atau almari yang besar. Bukan itu sahaja, maksudnya kita kena mengemas lebih kerap dan semestinya akan memakan ruang yang lebih luas. Itu belum lagi bila waktu untuk dobi. Penat tau.

 

Jimat duit

Berapa banyak baju dan kasut yang ada dalam almari tak pernah kita pakai. Cuba buat kira-kira berapakah jumlah pakaian yang tak pernah kita sentuh pun dalam almari kita. Semuanya kita beli sebab nak bergaya tapi asyik tak sempat sahaja pakai. Dengan menghadkan jumlah pakaian, kita hanya akan pakai baju yang kita benar-benar akan gunakan sahaja.

 

Lebih tenang

AF47EFC1 A3F5 4A37 8047 A46421F5DB28 900x675 1
Lebih banyak ketenangan. (Sumber Foto: Dailyaztec)

Bila umur kita dah berusia 40 tahun, baju kita sewaktu berumur 20 tahun dah tak  relevan lagi. Bila baju itu masih lagi ada dalam simpanan kita, mulalah kita fikir macam mana nak diet supaya dapat balik pakai baju macam zaman muda dulu. Baju yang kita pakai sepatutnya memberikan kita lebih banyak ketenangan dan lebih tenang. Jadi, simpanlah baju yang kita akan pakai pada usia tertentu sahaja.

Tak ada salahnya untuk kita ikut gaya hidup para jutawan dunia yang hanya sederhana dan biasa-biasa sahaja. Dengan ini, tak perlu kita pening-pening fikir tentang baju di pagi hari, kan?