wikipedia adi putra 340 2
wikipedia adi putra 340 2

Pernah Terima Kutukan, Adi Putra Genius Matematik Kongsi ‘Formula’ Kehidupan

NAMA Adi Putra Abdul Ghani bukan lagi satu nama yang baru. Ramai yang mengenali dirinya kerana pernah suatu ketika dulu mencetus satu fenomena di mana seorang kanak-kanak berusia lima tahun pintar dan hebat dalam mengendali jalan kerja matematik yang melibatkan algebra, indeks dan trigonometri.

Bukan itu sahaja, pada usianya 6 tahun beliau berdiri di hadapan 200 hingga 300 pelajar menduduki UPSR untuk memberi syarahan dan motivasi.

Kemudian, pada usianya 11 tahun, beliau menerbitkan sebuah buku matematik sehinggakan kerajaan Brunei jadikan bahan rujukan untuk setiap peringkat sekolah dan universiti di sana.

wikipedia adi putra

Malangnya, kehidupan  genius matematik ini tidak seperti kanak-kanak yang lain yang sibuk dengan bermain, bergelak-tawa dengan kawan-kawan tapi dirinya sibuk dengan bekerja mengajar orang.

Malah, beliau pernah menerima perumpamaan bahawa dirinya seperti ‘kereta Ferrari yang dipandu seperti kereta Kancil’ kerana tidak pergi ke sekolah dan hanya belajar sehingga A-Level. Ditambah pula beliau tidak menyambung belajar sehingga Degree, Master dan sebagainya.

Image may contain: 1 person, glasses, indoor and close-up

“Bagi Adi, orang yang tak suka diri kita akan sentiasa ada tetapi mereka punya pandangan berubah banyak selepas melihat Matematik yang Adi buat kerana bagi Adi, bukan sebab di mana anda berada, sejauh mana anda belajar tapi apa yang anda boleh sumbangkan.

“Adi tunjuk dekat diorang semua matematik yang Adi belajar ni matematik lain. Pergilah mana-mana sekolah atau universiti you guys tak akan jumpa matematik yang Adi buat sebab Adi ciptanya sendiri,” ceritanya.

Dia yang pernah melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) selepas empat bulan duduk di kerusi darjah satu.

Image may contain: 1 person

Dalam pada masa sama juga, dia memberi nasihat kepada orang ramai supaya sentiasa teruskan apa yang diminati.

“Selepas Adi berjumpa beribu-ribu orang dan mendengar cerita mereka, apa yang Adi nampak jangan sesekali putus asa kalau benda tu betul-betul kita boleh buat. Jangan hiraukan apa orang kata. Kita tahu apa yang kita nak, kita tahu apa kita boleh buat. Sentiasa berusaha sehabis baik!” katanya sambil tersenyum.

Jadi, kenapa kita nak berhenti separuh jalan? Teruskan berusaha sehingga ke penamat. Percayalah, orang yang berjaya hari ini, mereka juga telan rasa perit dan sukarnya perjalanan itu.

 

Sumber: mStar