AlbertEinsteinPlaceholderyswFotor 1583923792506
AlbertEinsteinPlaceholderyswFotor 1583923792506

Albert Einstein Pernah Cakap Kalau Nak Hidup Bahagia, Kita Kena…

SIAPA yang tak kenal dengan saintis legenda terbaik dunia, Albert Einstein. Segala teori beliau tentang alam semesta masih lagi menjadi rujukan dan perdebatan. Dari relatif masa, graviti dan lohong hitam di cakerawala semuanya masih diselidik.

Tapi, kalau anda nak tahu, Einstein tak hanya bercakap tentang alam. Beliau juga pernah memberikan teori kehidupan menjadi bahagia semasa hayatnya.

Beliau menulis teori itu dalam sebuah kertas kerja dan memberikannya kepada seorang pengirim barang.

5eea91594dca6834276c1f24
Jarang orang membahaskan teori kebahagiaan oleh saintis terkemuka ini. (Sumber foto: Insider)

 

Hidup yang tenang

Ada dua perkara yang dituliskan Einstein. Pertama:

“hidup yang tenang dan sederhana akan memberi lebih banyak kebahagiaan berbanding dengan terlalu mengejar kejayaan yang akhirnya membuatkan kita selalu menjadi resah”

Kedua, beliau juga menulis:

“di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”

Kalau dikaji lebih dalam, teori tersebut memang ada benarnya. Hidup seimbang adalah asas kebahagiaan. Bekerja tak lebih dari tujuh jam sehari, selalu bersenam, makan makanan berkhasiat dan bersosial seminggu sekali.

 

Jangan bergantung kepada orang atau benda

Ini ada sebuah kisah lagi yang diceritakan oleh Dukas, iaitu pembantu Einstein ketika beliau sedang terlantar sakit. Einstein memang sangat menyukai pekerjaannya walaupun ketika beliau sedang terlantar di hospital.

160
Albert Einstein bersama pembantunya, Helen Dukas (Sumber foto: Albert IAS)

Beliau meminta Dukas memberikannya pen dan kertas untuk menuliskan sesuatu. Memang gila!

Menurut Dukas, ketika Einstein ditanya apakah yang perlu dilakukan untuk hidup bahagia. Tulis Einstein ringkas:

“Jika anda ingin menjalani kehidupan yang bahagia. Letakkanlah kebahagiaan anda kepada tujuan dan bukannya kepada benda atau manusia”

Bila difikir kembali, formula kebahagiaan Einstein dapat difahami seperti ini. Kita mestilah cari tahu apakah kemampuan kita. Kemudian berilah perhatian dan fokus kita kepadanya.

Memasuki tahun 2021, masih belum terlambat untuk kita mencuba banyak benda baru. Mana tahu, ada di antara perkara yang kita lakukan itu memang memberi kita kebahagiaan pada masa akan datang.