paten
paten

Anak Malaysia Cipta Speaker Kereta Eksklusif di Dunia, Terima Anugerah Paten

Anak Malaysia mencipta nama apabila menyumbang kepakaran dalam menghasilkan pembesar suara yang digunakan dalam kereta eksklusif dunia iaitu McLaren. Lelaki yang bernama Rusli Tamsir ini memang sudah lama menceburkan diri dalam bidang automatif sejak tahun 2007 memandangkan beliau sangat minat dengan kereta.

Sebelum ini, beliau pernah mengambil pengajian selama lima tahun di University of Applied Science Ravensburg-Weingarten. Bukan itu sahaja, selesai menghabiskan pengajian, beliau menyambung perkhidmatan di syarikat automatif seperti Harman International dan Daimler AG.

Capture 1
Speaker yang terletak pada kiri dan kanan pintu tersebut diperbuat daripada komposit carbon fiber. (Sumber Foto: Says)

A-Class Surface

Ceritanya ketika berkhidmat sebagai ketua jurutera untuk kumpulan Harman Eropah, pihak McLaren hanya bagi masa 3 bulan sahaja untuk Rusli mencipta pembesar suara yang bakal diletakkan di kereta mewah McLaren Senna.

Speaker itu pula mestilah boleh diikat tanpa kancing dan skru. Gaya rekaan seperti ini sebenarnya ialah A-Class Surface yang tak boleh menunjukkan sebarang skru.

138836396 10222765775629647 48345896282136368 o
Ruslin hampir putus asa dengan prototaip ciptaanya. (Sumber Foto: Says)

 

Hampir putus asa

Dalam tempoh masa yang begitu singkat, beliau berkali-kali gagal dengan prototaip. Ada juga kadang kala terfikir nak putus asa dan guna sahaja cara binaan speaker yang konvensional. Namun, usahanya nampaknya tidak sia-sia kerana rekaan pembesar suaranya kini berada dalam setiap kereta McLaren Senna.

sport
Kereta eksklusif ini hanya dihasilkan 500 buah sahaja. (Sumber Foto: Facebook Ruslin)

Kereta McLaren ini pula begitu eksklusif. Model kereta mewah ini hanya dijual sebanyak 500 unit sahaja. Paten speaker itu pula telah diterbitkan sendiri oleh European Patent Office pada 21 Oktober 2020.

Kalau Rusli mengalah untuk menghasilkan rekaannya sepanjang tiga bulan itu, sudah pasti ia tidak akan mencipta sejarah dan kegemilangan seperti hari ini.