PIX AZLAN 1
PIX AZLAN 1

Disangka Hidup Berakhir Selepas Cedera, Bekas Atlet Ini Temui Sinar Baru

TIDAK ada benda perkara yang lebih membahagiakan bagi seseorang yang bergelar atlet selain daripada membawa pulang pingat untuk negara.

Juga, tak ada yang lebih menakutkan bagi seorang atlet selain mendapat khabar duka bahagia mereka mengalami kecederaan yang membuatkan mereka tidak boleh beraksi lagi.

Itulah yang dihadapi oleh bekas pemain takraw kebangsaan, Azlan Mubin yang digelar the killer ketika awal tahun 2000. Azlan Mubin pada awalnya tidak menyedari bahawa beliau berbakat dalam bidang sepak takraw. Apa yang beliau tahu, beliau akan panas punggung kalau tak main takraw setiap petang.

gettyimages 72742643 594x594 1
Azlan beraksi di atas gelanggang melibas pemain dari Thailand. (Sumber foto: gettyimages.com)

 

Sarung jersi negara

Pada umur 11 tahun, barulah Azlan ingin menjadi atlet sepak takraw secara serius. Hasrat itu disampaikan kepada kedua ibu bapa. Namun arwah ayah menentang cita-cita itu. Maklum sahajalah, atlet bukannya pekerjaan tetap dan menjanjikan.

Namun, Azlan tidak patah semangat. Beliau bertekad di dalam hati bahawa suatu hari nanti beliau pasti akan terpilih untuk mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa. Siapa tahu, cita-cita itu dimakbulkan Tuhan.

Azlan mula menyarungkan jersi negara pertama kalinya pada tahun 2003 semasa pertandingan Sukan SEA di Vietnam. Ketika itulah juga beliau berjaya membawa pingat perak untuk negara.

Mohd Azlan Abdul Mubin 39
Azla pernah digelar the killer ketika awal tahun 2000 kerananya aksinya yang lincah. (Sumber foto: infotakraw

Mimpi ngeri

Sepanjang bergelar atlet, ada dua perkara yang tak boleh dilupakan Azlan. Pertama pada tahun 2005.  Waktu itu beliau di Manila dan sedang menunggu beberapa minit sahaja lagi untuk masuk gelanggang.

Tiba-tiba dia menerima panggilan daripada Malaysia menyatakan bahawa adiknya mengalami kecederaan dan hanya mempunyai peluang hidup 20 peratus sahaja. Namun, atas rasa tanggungjawab, beliau tetap bertanding dan terus diterbangkan pulang secepat mungkin.

Kedua, pada tahun 2007. Itu juga menjadi tahun terakhir Azlan beraksi di gelanggang. Ketika pertandingan, Azlan mengalami kecederaan yang dipanggil ACL.

Ia merupakan kecederaan yang digeruni para atlet memandangkan ia bakal mengakibatkan lutut anda tidak boleh aktif bergerak seperti dulu lagi. Maka, Azlan terpaksa mengundur diri dari menjadi atlet.

 

Menjadi Pengulas Sukan

Setiap yang gelap, pasti ada cerahnya. Entah bagaimana tiba-tiba mendapat peluang berlakon di dalam sebuah drama yang  dibintangi para atlet. Bermula daripada situ, ramai yang mengatakan Azlan berbakat untuk berada di depan kamera. Dari situ, beliau mula diberi kepercayaan mengulas sukan.

Azlan mula belajar cara menyampaikan berita dan mengulas pertandingan sehingga akhirnya berjaya menjadi tulang belakang penting Astro Arena hari ini. Sehingga kini, walaupun Azlan tidak lagi bergelar atlet. Namun, beliau sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada para atlet muda pada hari ini.

 

Sumber: Infotakraw.com