1 FdPjhQF86V5E37sNRhOIw
1 FdPjhQF86V5E37sNRhOIw

Belajar untuk Tidak Bercakap Buruk kepada Diri Sendiri

kevin laminto G2a3W7T3Zfk unsplash

“Aku suka menyusahkan orang,”

“Aku buruk, tak cantik macam orang lain,”

“Aku tak pandai, otak aku lembab!”

Itulah antara kata-kata yang kadangkala mungkin sebahagian daripada kita lemparkan kepada diri sendiri. 

Selalunya keadaan ini berlaku apabila kita lihat orang sekeliling kita dah berjaya dan diri kita masih lagi di belakang.

Lebih teruk, kita rasa diri kita ni masih berada pada tahap yang sama. Tapi, adakah bercakap secara tidak baik kepada diri sendiri adalah jalan penyelesaian? 

Jika kita beranggapan begitu, kita kena cuba ubah cara kita berbual dengan diri kita sendiri. 

 

Anggap Diri Sendiri Ialah Kawan Baik

Dalam dunia ni, orang paling harus kita percaya ialah diri kita sendiri. Segala perit getir, susah senang kita dan diri kitalah yang hadap.

Sebaiknya, bercakap baik-baik dengan diri kita dan anggap seperti kawan baik yang paling setia. Kalau asyik bercakap buruk, secara tak langsung keyakinan diri kurang dan semangat juang pun terhakis sekali gus meletakkan diri ke tahap yang  teruk.

Sekalipun rasa diri tak hebat, apa salahnya peluk diri sendiri, tepuk perlahan-lahan dan cakap “kau bukan tak bagus, kau cuma bagus kat tempat lain.”

mengenal manfaat butterfly hug simasinsurtech
Teknik ‘butterfly hug’ dapat bantu kita berdamai dengan diri sendiri (Sumber foto: Pop Mama)

Percaya Kepada Diri

Kalau nak tahu, bila kita berjaya buat cara di atas, secara tak langsung untuk cara kedua ni, akan timbul kepercayaan kepada diri kita sendiri. 

Hal ini kerana, apa yang kita kata dan fikir akan beri kesan kepada personaliti dan emosi dalaman.

 

Fokus dan Tetapkan Dalam Diri!

Seterusnya, jangan hanya sekadar cakap-cakap saja, tapi biarlah apa yang dikatakan kepada diri sendiri tu sampai dalam hati. Barulah boleh rasa aura positif dan semangat juang yang tinggi sekali gus dapat membentuk personaliti yang hebat! 

 

Cakap yang Baik-Baik

Pernah tak dengar orang cakap, apa yang keluar daripada mulut kita sebenarnya doa? Boleh bayangkan tak kalau kita selalu lontarkan cemuhan kepada diri sendiri, apa akan berlaku? 

Of course, keluar aura negatif dan menjadikan diri kita betul-betul teruk seperti yang diperkatakan.

Jadi, tak salahkan untuk kita cakap baik-baik dekat diri kita? Ingat satu perkara je, siapa lagi nak puji diri kita, kalau bukan diri kita sendiri?

Prof. Muhaya pun pernah pesan, love yourself first sebab bila kita sayang diri kita, orang lain akan sayang kita juga!

 

Sumber: The Just Girl Project