shutterstock 408303589 scaled
shutterstock 408303589

Tak Perlu Struggle Jadi Baik Untuk Disukai Ramai, Cukup Dengan Sifat-Sifat Ini Saja

RAMAI yang menganggap dengan memiliki pakaian yang cantik, kulit wajah yang mulus sudah cukup membuatkan diri ramai disukai. Malangnya, penampilan luaran belum cukup mengukur hal tersebut.

Sebenarnya, emosi dan peribadi individu adalah daya tarikan yang paling kuat dan ini bukan sekadar pemerhatian penulis semata-mata,  tetapi hasil daripada kajian ahli psikologi.

Buktinya, ahli psikoterapi, Rachel Perlstein mengatakan, memang tidak dapat dinafikan pada awalnya ramai orang akan tertarik untuk mendekati seseorang selepas melihat fizikal tapi, bila sudah lama mengenali dan mereka sedar mereka mengalami kesukaran untuk meneruskan hubungan kerana tiada hubungan emosional dengan baik.

12 Jenis Kawan, Teman Sahabat Yang Baik Menurut Al-Quran - Selongkar10
Setiap sahabat mewakili dunia kita. (Sumberfoto: Carian Google)

Jadi, ketika bersosial pastikan bukan saja melakukan kebaikan dengan menolong orang tapi perlu membentuk personaliti dalam diri kita juga untuk disukai ramai serta mengekalkan sesebuah hubungan untuk tempoh yang lama.

Hal ini membuatkan penulis ingin kongsikan bersama anda beberapa cara membentuk diri kita mempunyai peribadi yang menarik dan menyenangkan orang sekeliling.

 

Rahsia

“Cerita sini habis sini. Aku bagitahu kau je. Kau jangan bagitahu orang lain pulak”

Tidak perlu menganggap diri anda sebagai orang yang paling penting di dunia untuk tahu semua perkara. Cukup menjadi seorang yang pandai menyimpan rahsia.

Biarkan poket anda mempunyai 1001 rahsia orang, janji jangan bocorkan. Itu sudah cukup membentuk diri anda seorang yang mudah dipercayai, disukai dan mudah didekati.

Should You Keep a Secret? - WSJ
Hubungan dibina dengan kepercayaan. (Sumber foto: Wall Street Journal)

Banyakkan pengetahuan

Orang yang menarik adalah orang yang boleh membuka sesuatu topik yang menarik dalam sebuah perbualan. Paling best jika berpeluang berkongsi maklumat, bukan sekadar duduk manis mengangguk-angguk atau berborak kosong.

Pelbagai cara untuk menambah pengetahuan. Antaranya mengikuti perkembangan isu semasa atau mengetahui apa-apa yang menjadi trend pada saat itu dan banyakkan menonton filem yang ilmiah supaya bila berbual, ada isi.

Pendengar yang baik

How To Be A Good Listener (15 Simple Ways To Improve The Conversation)
Pendengar yang baik akan dihargai orang (Sumber foto: Live and Bold Bloom)

Sudah tentu kita tak dapat mengingati semua yang dikatakan oleh rakan tapi cuba selami perasaan mereka bila mereka meluahkan. Elakkan berkongsi masalah untuk menghormati ruang dan masa mereka meluahkan.

Elakkan ayat begini, “aku dulu pun macam kau, waktu tu aku…..” HENTIKAN! Biar dia meluahkan dan sambil mendengar, sambil memberi kata-kata yang positif serta nasihat yang bernas supaya dia selesa bila dengan kita.

Menerima pendapat

Bila kita berbual, pasti akan ada satu bahagian dimana bercanggah pendapat. Sebaiknya elakkan menegakkan bahawa pendapat anda adalah paling betul kerana setiap orang cara pemikiran bebeza.

Sebaiknya, hormat pendapat mereka walaupun bercanggah pendapat. Tidak salah mempunyai pendapat berbeza asalkan tidak memudaratkan nyawa atau pun diri kita.

Mulakan bina empat personaliti ini dulu, lihat bagaimana hubungan dengan orang sekeliling.

 

 

Sumber:  Medium