ayu da
ayu da

“Bukan Perkara Mudah,” Ayu Damit Ambil 9 Tahun Untuk Kembali Bangkit!

MASIH ingat lagi individu yang membolot juara One in a Million musim ke-2, Ayu Damit? Baru-baru ini dirinya kembali beraksi di sebuah rancangan realitit pentas Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7).

Menurutnya, selama enam musim lalu, rezeki masih belum menyebelahinya sehinggalah dipanggil untuk beraksi dalam GV7 bersama 13 lagi peserta lain bermula Oktober tahun lalu.

“Terus-terang saya cakap, walaupun beberapa kali gagal tersenarai sebelum ini, saya tidak pernah berputus asa, malah sentiasa ada keinginan untuk cuba lagi dan lagi sehingga saya dapat,” ujar Ayu tanpa berselindung.

IMG 24Sep2020at111019AM
Ayu Damit juga kini merupakan seorang usahawan (Sumber foto: Beautiful Nara)

Ayu atau nama sebenar Norayu Damit berkata lagi, dia akan manfaatkan sebaik mungkin pentas GV untuk menarik kembali kepercayaan orang terhadap bakatnya.

Persoalannya, apa yang terjadi sehinggakan Ayu hilang bertahun-tahun lamanya dan kini tiba-tiba muncul untuk menyuntik semula kepercayaan pada mata orang ramai?

Pada yang belum tahu, pada Februari 2008, Ayu telah berjaya mencipta nama dalam dunia seni apabila berjaya menewaskan Siti Sarah dan Shila Amzah yang lebih berpengalaman dalam bidang nyanyian. Ini merupakan satu kejayaan besar buat gadis berusia 18 tahun yang berasal dari Putatan, Sabah.

Malangnya, satu gosip telah timbul pada November tahun 2009, beliau dicengkam dengan gosip yang memberi perubahan besar kepada kerjayanya.

Menurut satu laporan, bintang realiti TV itu dikatakan telah terlanjur dengan kekasih beliau yang bekerja di sebuah kedai makan sehingga melahirkan seorang anak luar nikah. Akibat perbuatan itu, mereka terpaksa berkahwin.

Bagaimanapun, dalam diam beliau meneruskan kerjaya nyanyiannya sejak melahirkan anak pertama sehingga 2019 walaupun ada yang melabelkan dirinya sebagai penyanyi sendu kerana jarang menjadi pilihan penerbit untuk menjayakan program TV.

“Sebenarnya permintaan untuk membuat persembahan tetap ada. Lebih-lebih lagi hujung minggu, Alhamdulillah cuma jarang keluar di kaca televisyen (TV) tapi tak bermakna tidak banyak tawaran persembahan,” jelasnya.

Selepas 11 tahun mendiamkan diri selepas timbul gosip hangat tersebut tersebar, kini Ayu kembali dengan semangat yang baru dan penampilan yang berbeza, berhijab dan lebih matang di pentas GV7.

“Saya mengaku waktu itu mengalami kejutan budaya selepas muncul juara. Mungkin waktu itu saya terlalu ikutkan darah muda. Tambah lagi, kita ni tiada apa dan tidak ada yang membimbing dengan betul. Jadi, saya tidak tahu ‘permainan’ industri ini sehinggalah apa yang berlaku waktu itu,”

Welcome To My World: Ayu OIAM Dah Kahwin
(2010 Ayu muncul di konsert amal di Hotel Berjaya Time Square. Sumber: blogspot)

Pemenang tempat ketiga GV7 ini bagaimanapun bersyukur kerana jika dirinya tidak diuji ketika itu mungkin sehingga kini dia masih tidak belajar.

“9 tahun saya lalui fasa zaman kejatuhan saya, sekarang kembali bangkit. Memang sepanjang fasa itu sangat sukar dan tak mudah namun, saya percaya ini adalah proses pembelajaran hidup saya.

Apa pun, saya banyak-banyak berterima kasih kepada suami saya yang banyak menyokong dan memberi semangat untuk saya bangkit dari kisah hitam silam. Malah, dia juga minta saya pandang ke depan, jangan toleh ke belakang. Sejak itu lahirlah ‘Ayu Damit’ yang baru iaitu saya sekarang ini,” terangnya dengan nafas baru.

Sudah tiba masa kita tutup buku cerita lama, buka buku baru. Tidak perlu kita mempersoalkan lagi kisah peribadi Ayu, sebab apa penting ialah semangat baru dan bakat yang ada pada Ayu menyerikan dunia industri.

 

Sumber: Gempak