shutterstock 1798158412 scaled
shutterstock 1798158412

Cara Berdepan Dengan Situasi Toksik di Tempat Kerja

SERONOK macam mana pun pekerjaan kita pasti timbul satu dua masalah yang hari-hari buatkan kita rasa sedikit rasa down untuk ke tempat kerja dan melakukan tugas.

Tidak kiralah soal gaji, sikap diva bos, pengangkutan atau jarak ke tempat kerja. Tapi, apa yang paling sukar untuk hadapi apabila berdepan dengan masalah rakan kerja yang toksik. Boleh mental tau!

Buktinya, Pensyarah Kanan UiTM Perak dan Saintis Sosial Multi Disiplin, Dr Airil Haimi Mohd Adnan berkata, golongan toksik di tempat kerja bukan sesuatu yang boleh dipandang remeh kerana mereka pembuli mental dan fizikal yang boleh dikatakan profesional. Dalam diam mereka membunuh mental dan kemampuan orang lain.

“Lebih membimbangkan lagi, rakan sekerja yang toksik boleh memberi kesan kepada tekanan hidup mangsa kerana bagi golongan pekerja setiap lima hari, lapan jam atau lebih mereka berada di tempat kerja,” jelasnya.

Jadi, kami mempunyai sedikit tip untuk kongsikan bersama supaya diri kita lebih kental dari segi mental bila berhadapan dengan kumpulan ini.

Ya, perkara yang mencabar tapi sekurang-kurangnya kita ada strategi.

Berikut adalah perkongsian dari Public Health Malaysia menerusi laman Facebook. Semoga bermanfaat!

Cari Geng Sekepala

priscilla du preez XkKCui44iM0 unsplash
Mencari rakan yang sekepala akan buat kita seronok bekerja (Sumber foto: Unsplash)

Cuba cari seorang rakan sekerja yang mempunyai isu yang sama untuk dijadikan tempat berkongsi rasa. Jika individu tersebut mempunyai rasa yang sama, itu lebih baik.

 

Cari aktiviti

Fikirkan apa yang dapat membuatkan diri anda seronok selepas waktu kerja? Menulis? Membaca? Memasak? Bersenam? Pastikan lakukan apa saja aktiviti yang menyeronokkan untuk kesihatan minda.

Fokus

charles deluvio Lks7vei eAg unsplash
Kalau kita fokus dengan kerja sahaja, kita akan boleh ‘survive’ (Sumber foto: Unsplash)

Ingat! Hiraukan orang sekeliling dan elakkan aktiviti membawang. Datang kerja, terus senaraikan tugasan yang harus dibuat dan sentiasa fokus untuk hasilkan kualiti kerja yang baik.

Tukar pekerjaan

luca bravo 9l 326FISzk unsplash
Jika tiada cara untuk atas situasi toksik, berpindah kerja jalan terbaik (Sumber foto: Unsplash)

Akhir sekali jika anda gagal mencari ketiga-tiga di atas sehingga menyebabkan kualiti kerja terganggu, kesihatan mental terjejas, sebaiknya cari pekerjaan lain walaupun jawatan anda sekarang adalah impian anda.

Percayalah, anda jauh lebih layak bekerja bersama staf yang hebat, yang menyokong dan dapat bekerjasama dengan anda secara positif. Jika mereka tidak boleh berubah, anda boleh!

 

Sumber: Harian Metro