priscilla du preez vOeB66Yoriw unsplash scaled
priscilla du preez vOeB66Yoriw unsplash

Cari Kebahagiaan Hakiki dengan Cara yang Benar

andreas weiland TMpqNhMunQY unsplash
Kebahagiaan boleh dicapai daripada sekecil-kecil hal sehingga yang besar-besar (Sumber foto: Unsplash)

SIAPA je dalam dunia ni tak inginkan kebahagiaan? Itu lumrah manusia dan tak dapat dinafikan semua manusia menginginkannya. Bermula daripada peringkat kanak-kanak, dewasa dan orang tua termasuklah diri kita sampaikan ada juga yang terdesak mencari kebahagiaan di tempat yang salah.

Mulai hari ini, berhenti berbuat demikian kerana lebih baik kita kejar kebahagiaan yang memberi makna bukan kebahagiaan yang kosong.

Apa yang dimaksudkan kebahagiaan yang kosong adalah memiliki segalanya tapi hati tidak tenang dan sentiasa rasa ada sesuatu yang tidak cukup.

Untuk elakkan situasi ini berlaku, apa kata jom kita sama-sama bertindak dan ubah mentaliti bermula sekarang.

 

Singkirkan hal-hal negatif

kebahagiaan
Sebenarnya kebahagiaan ada dalam diri kita, tinggal kita sahaja mencarinya (Sumber foto: Unsplash)

Perkara negatif yang perlu singkirkan dalam diri kita bukan saja individu, tapi perasaan berdaya saing secara tidak sihat. Bila tengok orang lain lebih, mulalah kita pun inginkan perkara yang sama. Jangan!

Sebaiknya, tumpang bahagia atas kebahagiaan orang lain kerana setiap daripada kita ni mempunyai ‘lorong’ yang berbeza di mana rezeki dan jalan setiap orang dalam dunia ni tak akan sama tapi adil.

 

Elakkan kesempurnaan

Percayalah, bila anda terlalu inginkan segalanya sempurna dan semua perancangan berjalan dengan lancar, kemungkinan besar anda akan mengalami kekecewaan.

Realiti kehidpuan tidak seindah yang dibayangkan dan tidak akan berjalan seperti dirancang kerana sebaik-baik perancang adalah Yang Maha Mengetahui. Kita cuma berusaha, bak kata mat saleh kata, ‘just follow the flow’.

 

Sentiasa rasa bersyukur

Yang Maha Berkuasa tidak bersifat kejam terhadap hamba-Nya, malah, Dia Maha Adil. Jadi sentiasalah bersyukur apa yang dimiliki sekarang pasti anda akan rasa kemanisan bahagia yang mencukupi.

Lagipun, kehidupan bukan satu perlumbaan siapa paling bahagia atau siapa yang mendahului. Kehidupan adalah sebuah jalan cerita yang indah jika kita menikmatinya.

Paling penting terimalah hakikat bahawa kehidupan yang kita lalui ini bukan hanya mengecap kebahagiaan dan keseronokkan semata tapi pasti ada terselit keperitan dan kesedihan untuk kita bangkit menjadi seseorang yang lebih hebat.