shutterstock 1328026778 scaled
shutterstock 1328026778

Argh, Kenapa Semua Orang Kahwin kat IG? Kalau Ini yang Anda Rasa, Anda Sebenarnya Mengalami…

TAHUN 2021, tahun di mana hampir kesemuanya bergerak menggunakan teknologi sehingga kini ramai bekerja dari rumah menggunakan kerana kehebatan teknologi yang boleh menghubungkan mereka yang berjauhan.

Bahkan, ada menggunakan medium media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, Tik Tok dan sebagainya untuk melihat perkembangan dunia luar sehingga mula membandingkan kehidupan diri sendiri dengan orang lain.

Belum lagi yang berlumba menunjukkan kehidupan siapa lebih bahagia melalui media sosial sehinggakan diri anda merasakan tidak senang duduk bila ada orang lebih ke depan. Parah!

Bila timbul kebergantungan yang tidak terkawal terhadap teknologi secara tidak langsung boleh beri kesan negatif termasuk  kesihatan mental antaranya sindrom FOMO, Fear of Missing Out.

Oh! Bagi yang tidak tahu, FOMO adalah sindrom ‘ketakutan kehilangan’ sesuatu peristiwa, perkembangan semasa dan masa kini di media sosial.

Walaupun di negara kita kurang kajian sindrom FOMO dilakukan tapi apabila sudah terdedah kepada media sosial dalam tempoh lama maka sebenarnya sindrom ini sudah melanda komuniti malah, tanpa kita sedar mungkin menyerang diri kita juga.

Menurut Pensyarah Kanan, Program Psikologi Klinikal dan Kesihatan Tingkah Laku, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Shazli Ezzat Ghazali, FOMO adalah sejenis gangguan mental.

“Seseorang mengalami rasa cemas, was-was dan khuatir apabila mendapati individu yang dikenali dilihat terbabit dalam aktiviti yang lebih baik daripada mereka sehingga menyebabkan mereka rasa takut kehilangan sesuatu yang signifikan kepada diri mereka.”

“Erti kata lain, seseorang rasa cemburu dan iri hati dengan persekitarannya sehingga menjejaskan kepercayaan diri serta merasakan ketakutan kehilangan sesuatu.”

“Selain itu, wujud tingkah laku kerap dan asyik memeriksa telefon bimbit di samping akan berasa resah dan gelisah apabila telefon mereka tidak berfungsi ataupun talian Internet perlahan kerana akan rasa ketinggalan sehingga merasakan hidup sudah tidak bermakna disebabkan ketinggalan media sosial,” jelasnya.

Dr. (PhD) Shazli Ezzat Ghazali | Faculty of Health Sciences
Dr Shazli Ezzat Ghazali (Sumber foto: Universiti Kebangsaan Malaysia)

Jadi, bagaimana caranya untuk keluar daripada sindrom FOMO ini? Ini gariskan beberapa panduan

Ubah mindset!

franciele da silva 2Nb7sgexMzU unsplash
Daripada fokus kepada benda tak penting, baik fokus kepada benda yang lebih penting (Sumber foto: Unsplash)

Apabila bermain media sosial cuba ubah mindset yang masing-masing ada jalan hidup yang berbeza. Tak semua orang hanya menempuh bahagia. Semua orang lalui turun naik kehidupan cuma tak kongsikan di media sosial.

 

Cari kawan dunia nyata!

coloredited fomo viviandu
Kewujudan media sosial membuatkan hubungan fizikal jadi terbatas (Sumber foto: Dailycal)

Mungkin sebelum ini anda merasa kesunyian sampaikan anda hanya mencari rakan di media sosial. Tapi, bukankah lebih baik jika anda wujudkan hubungan rakan dalam dunia realiti? Oh! Pastikan vibe yang positif!

 

Sentiasa rasa bersyukur

Akhir sekali, sentiasalah rasa bersykur aa yagn anda miliki dan ada. Percayalah, sebenarnya ada orang lain melihat kehidupan anda dan mereka ingin berada di tempat anda. Jadi, bersyukur pasti rasa segalanya lengkap sempurna.

Cuba rawat diri sendiri kerana jika tidak dirawat, individu yang ada sindrom FOMO akan mengalami tekanan hidup yang tinggi di samping memperkembangkan sifat dan emosi negatif seperti takut, cemas, bimbang, resah, rasa tidak puas, cemburu dan marah.

Malah, menurut Dr Shazli Ezzat Ghazali, rawatan yang sesuai untuk FOMO bergantung kepada kesedaran diri sendiri dengan meningkatkan kawalan kendiri terhadap media sosial.

 

Sumber: Klik Dokter