toa heftiba UIVmIBB3JU unsplash scaled
toa heftiba UIVmIBB3JU unsplash

Gunakan Ayat Ini Jika Ada Yang ‘Heart-to-Heart’ Dengan Kita

Heart-to-heart adalah sesi meluahkan perasaan bersama orang yang paling dipercayai. Boleh jadi seorang ibu, sahabat, pasangan atau adik-beradik.

Apa yang pasti, setiap daripada kita pasti ada seorang teman yang akan menjadi orang kepercayaannya untuk meluahkan isi hati tidak kira lelaki atau perempuan.

Malah, sesi meluah perasaan ini tak semestinya membincangkan soal perasaan cinta dan kasih saja. Boleh jadi luahan perasaan tentang mak mertua, ipar duai, majikan, zuriat, rakan serumah, mulut makcik bawang dan banyak lagilah yang berkait rapat dengan rasa ingin meluahkan masalah kepada seseorang.

When unhappy long-term couples need to have 'the talk'
Elak mengkritik apabila seseorang sedang meluah perasaan. Sumber: The Irish Time

Apa pun, sebagai pendengar setia dan baik, anda perlu memberi respon yang memberasangkan supaya si pengadu berasa lega, selesa dan bermotivasi selepas kongsi segalanya.

Bagaimana memastikan respon kita beri tidak menyinggung perasaan orang? Berikut adalah senarai ayat yang boleh anda gunakan untuk memberikan reaksi.

  1. “Apa pun, aku bangga dengan kau sebab aku yakin kau mampu hadap ujian ni”
  2. “Aku tak tahu nak cakap apa, tapi kalau kau ada benda nak aku tolong, aku sentiasa ada untuk kau”
  3. “Aku pun dapat rasa sedih tu. Aku faham keadaan kau sekarang ni,”
  4. “Jangan risau, kau ada aku. Aku sayang kau”
  5. “Aku tahu kau kuat. Jangan risau, aku sentiasa ada untuk kau”
  6. “Tak apa, lepas kau berjaya hadap ujian ni, fasa seterusnya kau mesti anggap benda ni apa lah sangat. Chill!”

Selain itu, menurut seorang pensyarah psikologi dan ahli psikologi klinikal yang ingin dikenali @akif_basri menerusi Twitter turut menyenaraikan beberapa tindakan yang perlu dielakkan.

  1. Elakkan beri solusi dan nasihat serta-merta.
  2. Bandingkan dengan masalah lain yang lagi teruk misalnya ayat, “kecik je masalah ko ni..tengok orang Palestin tu..rumah pun takde”.
  3. Perbualan narcissism.
4 langkah mudah bercakap dengan amat hebat!
Jadilah pendengar yang baik, pasti hatinya akan sedikit tenang. (Sumber foto: MSN)

Namun, pasti ada dalam kalangan pembaca kami memikirkan, adakah memang tidak boleh beri solusi atau sebarang nasihat langsung? Boleh, tapi kemudian sahaja dan tutur ayat perlu hati-hati kerana, tanpa memahami masalah seseorang secara mendalam dan komprehensif, biasanya nasihat akan menjadi tidak tepat, kurang masak dan tidak praktikal.

Jika anda gagal memberi respon yang tepat atau erti kata lain gagal menjadi pendengar yang baik, kemungkinan besar individu yang bercerita akan mengalami masalah lain. Misalnya kemurungan, rasa tak disayangi atau dihargai kerana merasakan tiada siapa mempedulikan dirinya.

Sebaiknya, elakkan daripada benda tu berlaku, jadilah pendengar setia yang baik, ya?

 

Sumber: SalamWeb