istockphoto 1189079432 170667a
istockphoto 1189079432 170667a
Young Muslim woman holding a drink in hands an taking selfie. Happy arab woman in hijab with mobile phone making selfie. Portrait of smiling girl, posing with coffee to go outdoors.

Hanya Dengan 5 perkara Ini, Hidup Kita Akan Lebih Baik Setiap Hari

SEBENARNYA, apa yang kita rasa terhadap diri kita akan mempengaruhi macam  mana cara kita melayan orang lain.

Jadi sebab itulah kita kena sentiasa berbuat baik kepada diri sendiri dan kekal positif sentiasa. Bila hati kita baik, minda kita sihat, kita juga akan melakukan perkara yang baik kepada orang sekeliling kita.

Cuba bayangkan kalau kita tertekan dan asyik nak marah, tanpa sengaja kita akan melemparkan perasaan itu kepada orang yang kita kasihi. Hasilnya, hubungan kita dengan orang lain pun akan terkesan sama.

Ada banyak cara yang kita boleh lakukan untuk memastikan kita berada dalam mood yang baik. Berikut adalah 6 perkara yang sangat mudah tapi boleh memberikan keceriaan kepada diri kita.

 

Bersyukur

Mungkin kita dah dengar banyak kali nasihat yang kita kena bersyukur, kan? Tapi tak ramai yang buat, tau. Kalau anda nak tahu, dengan menghargai setiap perkara yang kita miliki dalam hidup boleh membuatkan kita memiliki pola fikir yang lebih baik.

Pertama, kita kena bersyukur tentang perkara baru yang kita lakukan dalam hidup. Kemudian, cuba fikirkan apakah perkara yang membuat kita terinspirasi. Cuba cari apakah benda kecil yang membuat kita berasa seronok atau kejadian baik yang berlaku dalam hidup kita tanpa disangka-sangka.

photo 1569360531163 a61fa3da86ee
Dengan menghargai setiap perkara yang kita miliki dalam hidup boleh membuatkan kita memiliki pola fikir yang lebih baik. (Sumber foto: Unsplash)

 

Bertegur sapa 

Berapa ramai di antara kita yang tak kenal pun dengan jiran sebelah rumah. Dengan bertegur sapa, kita sebenarnya sedang membuatkan orang lain merasai kehadiran kita. Bukan itu sahaja, tak ada salahnya kalau kita membina satu hubungan yang baik dengan jiran tetangga.

 

Digital detox

Mungkin kita dah terlalu kerap sangat guna media sosial dalam kehidupa harian. Jadi, apa kata anda ambil sedikit masa untuk tahan diri kita daripada buka mana-mana media sosial. Kita akan terkejut dengan masa yang kita ada kalau tak tengok media sosial. Jadi, gunakanlah masa yang ada untuk kita lakukan aktiviti fizikal seperti bersenam, berbasikal atau mengemas rumah.

8cefbd0288e69142c143b431392746842b1c34b6
Gunakanlah masa yang ada untuk kita lakukan aktiviti fizikal seperti bersenam, berbasikal atau mengemas rumah. (Sumber Foto: Unsplash)

 

Buat benda baik 

Menjadi baik seperti tolong orang akan selalu membuatkan kita menjadi kurang sunyi. Antara perkara baik yang kita boleh buat ialah puji seseorang di media sosial, masakan untuk seseorang atau berikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

 

Kemas 30 minit

Sebelum memulakan hari, kita juga boleh mengamalkan sesi kemas 30 minit di mana kita kena membersihkan dan menyusun barang-barang kita dalam tempoh itu. Mungkin kita boleh membersihkan cermin bilik mandi atau gantung gambar yang selama ini kita asyik tak sempat nak buat.

bedroom cleaning e1552417834435
Biasakan diri untuk membersikan rumah dalam masa 30 minit. (Sumber foto: Unsplash)

 

Tidur yang cukup

Tidak mendapat rehat yang cukup boleh menjadikan kita tak  bersemangat dan mudah marah. Semua orang memerlukan masa tujuh hingga lapan jam sehari untuk tidur. Bagi memastikan kita boleh tidur di sebelah malam, pastikan kita tak minum kopi atau makan ketika lewat malam. Mandi dan pakai wangian sebelum tidur pun boleh membantu.

Memang akan ada hari di mana kita memang tak ada semangat langsung. Rasa macam nak terbaring sahaja tak buat apa-apa. Apalagi sekarang kita berada di dalam era pandemik. Jadi, apa kata anda cuba beberapa perkara yang kami cadangkan ini untuk mengembalikan produktiviti anda. Selamat mencuba!