christin hume 0MoF Fe0w0A unsplash scaled
christin hume 0MoF Fe0w0A unsplash

Jangan Ambil Mudah Dengan Penjagaan Fizikal Kendiri

Penerangan tentang pemakanan untuk mengurangkan berat badan, mengelakkan perut buncit, jadual jenis diet dan segala tentang penjagaan tubuh sudah menjadi bahan bacaan cliche.

Tapi, untuk memiliki tubuh badan sihat dan kekal kelihatan muda, sebenarnya banyak faktor yang perlu kita titikberatkan. Bukan penjagaan makanan dan kulit wajah saja tapi physical self-care atau penjagaan fizikal kendiri juga. Malangnya, ramai yang terlepas pandang.

Bagi yang tidak mengetahui, fizikal kendiri merangkumi  rupa paras, kesihatan fizikal, kebolehan, kelemahan dan tingkah laku yang berkait rapat dengan perasaan terhadap kebolehan kita. Selain itu, perkara yang berlaku pada diri kita dan juga perkara yang akan berlaku pada diri kita juga berkait rapat dengan fizikal kendiri.

Pemahaman mudah, meliputi dari aspek aktiviti harian kita. Antara aspek lain yang dimaksudkan tentang penjagaan fizikal kendiri antara lain:

 

Tidur yang cukup

4 changes to sleep better if you're suffering with insomnia
Bermimpi dalam hidup, jangan bermimpi dalam mimpi. (Sumber: Housekeeping)

Bukan sekadar menjaga jumlah pemakanan pagi, petang dan malam tapi mendapatkan tidur yang cukup membuatkan kita rasa segar dan bertenaga untuk melakukan aktiviti harian.

Bayangkan kalau mata mengantuk, secara automatik badan kita akan berasa lesu dan tidak boleh melakukan kerja dengan efektif. Mulalah nanti ada je benda tak kena. Kan dah seharian mood spoil!

 

Pelukan

hugs: A hug a day will keep negative emotions and stress away - The Economic Times
Ubat paling berkesan bagi orang penat fizikal dan emosi adalah peluk. (Sumber: The Economic Times)

Untuk pengetahuan anda, satu kejadian di Portland apabila tindakan seorang guru menenangkan pelajar yang membawa senapang ke sekolah selepas kecewa putus cinta dengan bertindak memeluknya untuk meredakan remaja tersebut dan tindakan gurunya itu berjaya.

Terbukti bahawa pelukan dapat melegakan tekanan dan kepenatan yang kita tanggung. Dalam kajian di Amerika Syarikat (AS) terhadap lebih 400 orang dewasa, penyelidik mendapati bahawa memeluk dapat mengurangkan peluang seseorang untuk jatuh sakit.

Lepas ni, peluk je kawan sekerja yang duduk disebelah atau ahli keluarga. Cukup pelukan erat selama 5 saat. Cukup melegakan.

 

Cari kepuasan dan bahagia diri

Biarlah diri untuk merasa sedih dan kecewa tapi hidup ni cuma sekali, jadi rugi kalau kita terlalu membawa emosi negatif dalam jangka masa yang panjang sehingga memberi kesan buruk terhadap diri.

Bukan tidak boleh rasa sedih dan kecewa tapi selepas itu harus bangkit semula. Okay?

 

Percaya!

Kepercayaan Itu Sangat Penting Dalam Hubungan - SYUKRIE - Aku Civillian...
Kepercayaan bukan dapat dengan perkataan tapi perkataan dan perbuatan! (Sumber: Carian Google)

Lebih baik fikirkan jalan penyelesaian yang kita hadapi daripada bersedih dan tiada solusi. Percayalah, setiap masalah ada jalan penyelesaian.

Kalau tak jumpa jalan penyelesaian, minta pendapat pada yang lebih pakar. Selepas itu pasti anda akan dapat menyelesaikannya dengan pendapat-pendapat yang diperoleh.

Perkara ni nampak je simple tapi kalau kita tak lakukan, secara tak langsung rutin harian kita akan terjejas.

Mood cepat rasa melenting atau marah, muka pun nampak tak segar, fikiran serabut dan bahu rasa terbeban dengan pelbagai benda dan itu yang membuatkan ada yang merasakan rasa down.

Semoga penjagaan pemakanan, kesihatan dan fizikal kendiri kita berjalan seiring. Sayanglah diri anda!

 

Sumber: ePrint UTM