33398321 146390682752006 5801156423412875264 n 2
33398321 146390682752006 5801156423412875264 n 2

“Kalau Tak Kuat, Memang Putus Asa,” – Perjalanan Sofian Sebelum Mahir Video Grafik

“Saya hulur tangan tapi dia peluk,”

– kata Sofian ketika berkongsi detik bertemu Zach King.

Kepada pengguna sosial media tegar, pasti anda mengenali individu bernama Muhamad Sofian yang lebih terkenal dengan sofyanK atau @sofyank96.

Dia merupakan salah seorang anak tempatan yang berjaya menyunting video magis sehingga berjaya mencuri tumpuan bintang Vine dan YouTube terkenal, Zach King.

Mana tidaknya, kesemua video suntingan Sofian hampir sama dengan Zach King. Smooth transition! Lihatlah antara hasil video yang mampu buat anda teruja.

 

Dari situlah, Zach mula memerhati kehebatan Sofian. Ditambah pula sudah lebih 200 buah video magis yang dimuat baik Sofian, Zach terus menghantar Direct Message kepada Sofian untuk bersua muka di Indonesia.

Namun, di sebalik kejayaannya ini terselit keperitan dan kegagalan yang harus ditempuh. Menurutnya, dia tidak pernah menghadiri mana-mana kelas suntingan kerana dirinya bukan berasal daripada keluarga berada.

“Saya dulu tak ada langsung peralatan teknologi dekat rumah, tapi saya ni sejenis yang bila minat sesuatu perkara saya akan usaha. Jadi, bila saya minat buat video efek ni, saya kumpul duit untuk ke cyber cafe untuk menonton tutorial dan belajar video-video penyuntingan efek visual. Masa tu ketika saya umur 14 tahun.”

“Walaupun belajar dekat YouTube cara edit video, saya tak ada peralatan edit lagi. Waktu tu, kakak saya je yang ada laptop. Jadi setiap kali dia balik rumah hujung minggu, saya manfaat sebaiknya laptop dia. Belajar dan belajar,” ceritanya panjang lebar.

Image may contain: 1 person, glasses
Video Sofian kini dinanti-nantikan ramai

Tambahnya lagi, ketika beliau berumur 16 tahun barulah dia mempunyai sebuah komputer riba. Sayangnya, ia bukanlah dikhaskan untuk sunting video jadi mengambil masa agak lama untuk siapkan sebuah video walaupun hanya seminit.

“Sebenarnya laptop saya dapat tu tak sesuai untuk editing sampaikan untuk render seminit video mengambil masa dua jam, tapi disebabkan saya bersungguh-sungguh untuk buat, saya sabar dan teruskan juga. Kalau orang tak kuat, memang putus asa sebab benda tu memang leceh.”

“Cuma apa saya nak pesan, kalau tahu diri kita minat sesuatu benda tu, pastikan kita usaha sampai kita dapat,” nasihatnya ketika ditemu bual untuk sebuah video.

Apa yang boleh kita ambil dari perkongsian Sofian ni, jangan mudah mengalah dengan kesulitan dan keperitan kita lalui kerana lebih kuat petir berdentum, lebih indah pelangi terhasil.

Image may contain: 2 people, people sitting, sky and outdoor
Bertemu Will Smith sewaktu junket filem Gemini Man (Sumber foto: IG @sofyank96)

Malah, bukan Zach King saja yang Sofian pernah temui tapi dengan pelakon hebat Hollywood, Will Smith juga. Siap buat video bersama lagi. Hebat betul penangan skill Sofian ni!

Siapa antara kita nak dikenali sehingga peringkat antarabangsa, jadilah seperti Sofian. Tak mudah putus asa dan sentiasa belaajar.

 

Sumber: Youtube