Gambar Solo Karl Shafek
Gambar Solo Karl Shafek

Kerana Karier, Setahun Karl Shafek Bertarung Dengan Depresi

Siapa sangka pengacara dan pelakon kacak, Karl Shafek pernah berdepan dengan kemurungan hingga mengganggu fokusnya terhadap kerjaya pada September tahun lalu.

Perkara ini didedahkan menerusi laman akaun Instagram miliknya dalam satu posting menunjukkan video rakaman satu program yang menjemputnya sebagai tetamu selepas setahun menghilang dalam dunia industri.

Namun kini keadaan kesihatan Karl semakin pulih selepas menjalani rawatan dan dia bersyukur walaupun belum 100 peratus pulih.

Menurutnya, selama setahun menjalani rawatan, dirinya semakin sembuh walaupun kualiti hidupnya kini sudah berubah tapi dia reda. Dia turut percaya, terdapat hikmah disebalik perancangan Allah SWT.

Mungkin ada dikalangan kita ingin mengetahui punca Karl mengalami dan menempuh dunia hitam ini.

Lap lantai penuh darah

Menurut anak kelahiran Pekan, Pahang, dia mengesan dirinya depresi apabila merasai perubahan pada dirinya. Kesukaran melelapkan mata, sering sesak nafas, kerap β€˜melihat’ perkara aneh dan sering terdengar suara yang membisik di telinganya seperti dirinya tidak berguna dan patut mati.

klsay.transformed
Karl Shafek suatu ketika dahulu merupakan nama besar dalam bidang lakonan dan pengacaraan (Sumber foto: BH)

β€œSaya selalu nampak darah di lantai rumah dan berusaha membersihkannya, sedangkan tiada apa-apa di situ. Sejak mengalaminya, saya ikut nasihat abah dan emak supaya menyegerakan solat apabila masuk waktu atau singgah berjemaah di masjid,” ceritanya.

Bagaimanapun, apabila mengorek kisah Karl yang juga bekas pramugara Malaysia Airline apakah punca yang menyebabkan dirinya menjadi mangsa mengalami penderitaan ini, hal ini disebabkan kerjayanya.

916835
Pernah disantau dan beberapa penyakit lain, Karl mengatakan kerjaya puncanya mengalami depresi (Sumber foto: BH)

“Banyak punca sebenarnya tapi antaranya perniagaan saya ditipu, disantau sehingga saya tak dapat bangun dari katil berbulan-bulan dan menyebabkan banyak perkara tidak dapat diselesaikan. Mungkin dari perniagaan tidak menjadi menjadikan diri saya begini.”

“Sepanjang depresi tu, saya tak berminat jumpa dengan orang atau berinteraksi dengan sesiapa. Malah, tak suka di ruangan kerja kerana meletihkan diri saya. Jadi saya lebih suka bersendirian atau bersama dengan orang yang saya percaya saja,” jelasnya.

Dalam pada masa juga, dia mendoakan sesiapa yang mengalami masalah seperti dirinya, pastikan cepat-cepat dapatkan rawatan supaya cepat sembuh dan jangan ada rasa malu untuk meminta bantuan orang sekeliling.

Guys, if he can so we can do this, fight together!

 

Sumber: BH