81559032589 IbrahimAnon
81559032589 IbrahimAnon

Pernah Hutang RM1Juta, Kegigihan Kartunis Ujang Bangun Dari Muflis Jadi Perhatian

Industri animasi dan komik Malaysia pernah berada dalam satu zaman kegemilangan yang poplaritinya benar-benar membanggakan. Hampir setiap rumah di Malaysia pernah memiliki komik Majalah Lawak Antarabangsa atau Ujang.

Yelah, waktu itu kita tiada media sosial. Jadi komik ialah bentuk hiburan yang terkini dan mudah didapati pada waktu itu. Saya masih ingat satu majalah yang dibeli akan dikongsi dan dipinjamkan kepada ramai orang sampailah majalah itu sudah lunyai. Begitu hebatnya penangan komik pada waktu itu.

Terdapat seorang lelaki yang sebenarnya mempunyai peranan besar membuatnya menjadi kenyataan. Beliau ialah Ibrahim Anon yang lebih dikenali dengan nama penanya iaitu Ujang.

Ujang e1567649427240
Ujang masih aktif melukis komik (Sumber foto: The Vocket)

Hampir semua orang pada zaman 90 an pernah membaca majalah ini. Namun, industri pencetakan juga mengalami revolusi yang tak dapat dielakkan. Syarikatnya bekerja pernah mengalami krisis kewangan dan tidak mampu lagi membayar pekerja.

 

Kartunis mengelola syarikat

Sehinggalah pada suatu hari pengerusi syarikat berkenaan memaklumkan bahawa mereka terpaksa menutup syarikat. Memandangkan minat dan kasih sayangnya terhadap dunia kartun sangat tinggi. Ditambah pula dengan sokongan para pekerja.

Ujang kemudian mengambil tugas dengan mengelola syarikat. Ujang  mengumpul hasil deposit daripada ejen sehingga mencecah  RM28,000 dan mampu untuk membayar gaji semua pekerja di pejabat baru.

 

ca0d667b7fc780f2e8d295f9d3c92f84
Komik yang pernah menjadi lagenda dan rebutan. (Sumber Foto: Shopee)

Dengan pengalaman yang ada, Ujang kemudian mengorak langkah dengan menubuhkan syarikatnya sendiri iaitu Multi Triple Vision dan menerbitkan Varia Lawak.

Namun, pesaingan juga tak kurang hebatnya. Terdapat syarikat baru yang mempunyai kaedah penerbitan yang sama dan menawarkan gaji lebih baik kepada kartunis yang sebelum ini pernah bekerja dengan Ujang.

 

Menjadi usahawan

Kesannya, Ujang kehilangan pekerjanya sedikit demi sedikit. Bukan itu sahaja, beliau juga berdepan dengan surat saman menyebabkan beliau tidak mampu untuk mengelola syarikat dengan baik.

Akhirnya, beliau diisytihar muflis pada tahun 2000. Setahun Ujang termenung dan kehilangan arah dengan hutang mencecah RM1 juta.

Setahun termenung, tertekan dan mula hilang arah. Namun, Ujang kembali bangkit  dan mencari banyak peluang lain. Mengenangkan beliau juga minat memancing sejak zaman 90-an. Maka beliau terfikir satu peluang baru.

unnamed
Ujang mula meneroka peluang pekerjaan baru dengan membina rumah boat di Terengganu. (Sumber Foto: Youtube)

Beliau menjalankan perniagaan sewa houseboat di Tasik Kenyir Terengganu. Kini, beliau kembali menyusun hidup dengan menjadi usahawan. Kesusahan hidup yang dihadapinya membuatkan beliau semakin kuat dan lebih bijak mencuba pelbagai perkara baru. Inilah sifat yang wajar dicontohi oleh semua.