matheus vinicius kHHwYNA1lnM unsplash 1 scaled
matheus vinicius kHHwYNA1lnM unsplash 1

Kesihatan Mental Bergantung kepada Kualiti Tidur Kita

DI negara kita satu kajian mendapati sebanyak 44 peratus orang dewasa mengalami masalah tidur. Mungkin ada yang merasakan perkara ini tidak memberi kesan pada kehidupan tapi, terdapat pula beberapa kajian menunjukkan kekurangan tidur memberi kesan buruk.

Lebih membiimbangkan lagi apabila hasil tinjauan mendapati seorang daripada tiga rakyat Malaysia berusia 16 tahun dan ke atas sebanyak 29.2 peratus mengalami masalah kesihatan mental, hampir tiga kali ganda berbanding 11.2 peratus yang dilaporkan pada 2006.

Masalah mental tidak mengenal status
Ketika menempuh waktu gelap, kita mesti fokus melihat cahaya. (Sumber: Malaysia Gazette)

Salah satu punca daripada masalah mental apabila seseorang tidak dapat kualiti waktu tidur yang baik. Ini kerana proses ketika tidur berkait rapat dengan daya berfikir dan memproses maklumat.

Jika tidur tidak cukup, secara tidak langsung akan mengganggu prestasi kerja dan produktiviti harian.

Malah, bila dibiarkan keadaan ini berterusan, kemungkinan besar akan berlaku kesan sampingan. Misalnya, meningkatkan risiko serangan jantung, strok dan tekanan darah tinggi.

Sebaiknya, berehat. Sedangkan robot pun direhatkan, ini kan pula otak dan badan kita.

Persoalannya, bagaimana untuk dapatkan tidur yang berkualiti?

Jauhi gajet sebelum tidur

5ae874c2bd9671fa008b4677?width=1100&format=jpeg&auto=webp
Pengguaan gajet sebelum tidur ‘trik’ minda ada kepada cahaya artifisial (Sumber foto: Insider)

Tekanan bukan saja buat kita sedih tapi mengganggu ketenangan tidur juga. Jika masalah tersebut benar-benar buat anda tertekan sehingga menganggu corak tidur, apa kata lakukan beberapa jenis aktiviti sebelum tidur sekitar 10 minit sehingga satu jam supaya dapat meringankan tekanan.

Antaranya, membaca bacaan ringan, meditasi, mewujudkan terapi aroma, mandi air suam juga dapat membantu mendapatkan tidur yang lebih baik dan fikir tiada masalah yang boleh bunuh kita. Paling penting jauhi gadget dan soal kerja, dua perkara ini boleh sambung keesokan hari!

 

Suasana tempat tidur

quin stevenson 3oyeaivM fE unsplash
Keadaan katil dan tilam juga menentukan kualiti tidur (Sumber foto: Unsplash)

Bagi kebanyakan orang, sedikit suara atau cahaya akan mengganggu tidur. Jadi, gunakan penyumbat telinga, tirai jendela, selimut dan pendingin hawa yang boleh memberikan suasana bilik tidur yang ideal.

Elakkan menyala lampu jika anda terbangun pada malam hari kerana cahaya dikatakan boleh menyebabkan anda berisiko mendapat kanser dan menganggu kualiti tidur.

Ubat

elsa olofsson KWxHmyugJuM unsplash
Sesuaikan pengambilan ubat dengan jadual tidur anda (Sumber foto: Unsplash)

Sebaiknya, elakkan pengambilan ubat yang boleh menangguhkan atau menganggu pola tidur anda. Jika ingin mengambil ubat pastikan dapatkan nasihat doktor untuk mengetahui masalah dan jenis ubat.

 

Tidur siang 

Tidur siang akan membuatkan masalah menjadi lebih buruk terutama mereka yang kerap mengalami gangguan tidur pada waktu malam. Jika ingin tidur siang, jangan terlalu lama, memadailah 15 hingga 20 minit saja bagi mengembalikan kesegaran tubuh untuk memberi tumpuan lebih baik ketika bekerja.

Untuk pengetahunaan anda, golongan dewasa (termasuk orang tua) mendapatkan 7–8 jam tidur setiap malam. Namun demikian, satu kajian menunjukkan bahawa kebanyakan dewasa di Malaysia hanya mendapat 6.4 jam tidur secara purata.

Apa pun, kualiti tidur amat penting, jika tidak gaya hidup anda tidak sihat.

Percayalah, dengan tidur yang mencukupi, anda akan mendapati bahawa otak anda berfungsi dengan baik dan produktif pada hari berikutnya.

 

Sumber: Harian Metro