pilotw02.jpg 1520232851
pilotw02.jpg 1520232851

Jadi ‘Akak Pilot’ Waktu Usia Muda, Ini Kisah Waie Hidayah

KALAU sembang tentang kerjaya sebagai seorang juruterbang, selalunya orang akan ingat ia kerjaya yang dimonopoli oleh lelaki kacak. Mana tidaknya, kebanyakan drama dan filem selalu tunjuk macam itu. Tapi realitinya, kerjaya sebagai juruterbang ini boleh dimiliki oleh sesiapa.

Seorang gadis muda bernama Waie Hidayah telah membuktikan bahawa ia bukanlah sesuatu yang mustahil. Memiliki ayah yang juga seorang juruterbang membuatkan Waie menyimpan angan-angan yang sama.

waie
Menjadi juruterbang memang cita-cita Waie sejak kecil. (Sumber Foto: Harian Metro)

 

Terbangkan pesawat 200 kali untuk lulus

Selepas tamat sahaja sekolah menengah, Waie terus memohon untuk menyertai sekolah penerbangan Academy Aviation sebagai juruterbang. Banyak pelajaran dan kemahiran yang perlu dikuasai untuk bergelar sebagai seorang juruterbang. Bukan itu sahaja, beliau juga perlu menerbangkan kapal terbang sebanyak 200 kali untuk lulus.

Usahanya ternyata berjaya. Wa’ie kini berkhidmat sebagai juruterbang dan berasa sangat bahagia kerana cita-citanya sudah tercapai.

Ditanya apakah perkara yang paling menyeronokkan bergelar juruterbang, sudah semestinya beliau memiliki kesempatan untuk melihat dunia dan pergi ke beberapa negara. Dalam tempoh seminggu, Wa’ie boleh pergi sekurang-kuranya 3 negara.

pilotw04.jpg 1520232862
Beliau telah berjaya menerbangkan kapal terbang jenis 737 ke beberapa tempat. (Sumber Foto: Harian Metro)

 

Gementar

Siapa yang tidak gementar nak menerbangkan pesawat. Menurut Waie, waktu yang paling mustahak semestinya ketika hendak terbang dan ketika mendarat.

Ini kerana, itulah waktunya kedudukan pesawat berada berdekatan dengan darat. Kini, beliau telah berjaya menerbangkan kapal terbang jenis 737 ke beberapa tempat.

Rata-rata memberikan respon positif terhadap kerjaya yang dipilih beliau. Waie sempat mengajak lebih ramai wanita untuk menceburkan diri dalam industri penerbangan dengan berani dan tidak berputus asa.