daniel park N91GMm 6TBM unsplash scaled
daniel park N91GMm 6TBM unsplash

Kita Tidak Akan ke Mana-mana Selagi Tidak Mulakan Langkah Pertama

KITA ada banyak bakat dan kebolehan dalam diri kita. Pagi ini, semasa kita bangun dan buka mata, ada banyak benda yang boleh kita lakukan untuk mengubah takdir hidup kita. Tak ada yang boleh menghalang jika kita memilih untuk berjalan di haluan berbeza daripada hari sebelumnya. Kadangkala, sesuatu halangan itu bukanlah datang daripada luaran, tetapi dalam diri kita sendiri.

Kita tak perlu jadi sempurna untuk memulakan apa-apa. Kalau begitulah cara kita berfikir, kita akan mencipta lebih banyak alasan untuk menunda impian. Tak ada yang mustahil. Kita hanya perlu melakukan sesuatu dan ambil seberapa banyak peluang yang ada.

lonely 2
Ada banyak benda yang boleh kita lakukan untuk mengubah takdir hidup kita. (Sumber foto: Pinterest)

Kita tak perlu mulakan dengan sesuatu yang besar. Tak ada salahnya kalau kita mulakan dengan sesuatu dengan sederhana dan perlahan sahaja. Semua orang memiliki fasa mereka masing-masing. Apa yang penting ialah kita sudah memulakan langkah pertama untuk mencapai apa yang kita inginkan.

Sudah tentu perjalanan untuk mendapatkan apa yang kita inginkan tidak akan mudah. Tak mengapa kalau kita berdepan dengan kegagalan. Tiada sesuatu yang besar akan datang bergolek tanpa tekanan dan masalah.

Perubahan bukanlah sesuatu yang mudah. Tapi kalau itu harga yang perlu dibayar untuk mewujudkan impian, apa salahnya. Normal untuk kita rasa takut untuk memulakan sesuatu yang baru. Ia bukanlah bermaksud apa yang kita buat itu salah, tapi ia bermaksud kita sedang berjalan di landasan yang betul. Kita mengambil risiko untuk memperoleh lebih daripada apa yang kita ada.

setup home office
Jangan takut menghadapi kegagalan kerana ia juga ialah sebuah proses mencapai kejayaan. (Sumber foto: Moving.com)

Ingatlah, setiap hari kita boleh melakukan pilihan-pilihan kecil dengan menentukan rutin harian kita. Tak semestinya kita kena buat benda yang sama setiap hari. Jangan pernah kita rasa bahawa kita tak mampu untuk ubah apa-apa dan ikut sahaja apa yang jadi dalam hidup ini.

Hidup bukan mudah. Kita semua akan melalui beberapa cabaran. Kita perlu memilih untuk mengambil risiko atau kekal di takuk yang sama. Tapi satu benda yang pasti, kita tak akan mendewasa menjadi orang yang lebih baik jika masih menunggu dan menangguhkan impian.

Hari ini atau esok? Anda tentukan.