brett jordan Xwnk1DgTb8 unsplash scaled
brett jordan Xwnk1DgTb8 unsplash

Cara Lawan ‘Raksasa Dalam Diri’ Yang Suka Menangguh Kerja

Melawan sikap suka bertangguh ibarat melawan raksaksa yang tidak pernah mati dalam diri kita dan makhluk ganas ini hidup dalam diri setiap orang. Maknanya, sikap ini tidak lepas dalam diri kita semua.

Percayalah, sikap menangguh sesuatu aktiviti atau kerja adalah penyebab kepada kegagalan sekali gus kita akan rasa tertekan kerana masa semakin suntuk dan kerja pula semakin menimbun. Hasilnya, semua perkara jadi gagal tak kira sama ada dari kerjaya, akademik, kesihatan, ibadah, kewangan dan sebagainya.

Kenapa timbul sikap ini? Mengikut Caroline Webb dalam Harvard Business Review, otak kita sudah diprogramkan dengan sikap suka menundakan kerja.

Hasil penyelidikan dari UCLA, Webb membuktikan bahawa manusia lebih tertarik dengan kepuasan yang singkat berbanding dengan mendapat ganjaran pada masa depan.

Selain itu, terdapat beberapa faktor timbul sikap suka menangguh kerja. Antaranya…

  • Kita tidak memahami tugasan tersebut dan tidak mempunyai idea bagaimana untuk menguruskannya.
  • Kita sedang melakukan sesuatu yang lebih menarik dan tidak mahu melakukan kewajipan yang di hadapan.
  • Kita membenci tugasan tersebut dan tidak menghargai kepentingannya lalu memilih untuk tidak melakukannya.

 

Bagaimanana mengatasinya?

1. Buat senarai tugas ‘to-do-list’

cathryn lavery fMD Cru6OTk unsplash 1
Membuat senarai harian akan buat kita berdisiplin (Sumber foto: Unsplash)

Serba sedikit cara ini boleh membantu kita supaya kembali fokus sepanjang kita melakukan gerak kerja. Lagipun, bila nampak ada senarai kerja yang sudah siap, pasti kita lebih bersemangat untuk siapkan kerja yang lain.

 

2. Jangan layan malas.

Jangan melayan sikap malas. Bila malas, arahkan badan untuk bergerak siapkan tugas dan barulah bermalas-malasan. Nak berjaya kena ada sikap rajin dan usaha yang banyak. Percayalah, 90% kejayaan adalah dari tindakan kecil kita.

 

3. Rehat.

matheus vinicius kHHwYNA1lnM unsplash
Kalau penat bekerja, ambil power nap selama 10-20 minit (Sumber foto: Unsplash)

Mungkin disebabkan terlalu sangat banyak kerja yang harus dilaksanakan, jadi ambil sekitar lima minit untuk berehat sebelum kembali bertugas.

Bagusnya cara ini, ia mengurangkan stress pada minda bagi menyelesaikan tugasan tersebut. Pada masa sama, ia perlahan-lahan akan meningkatkan produktiviti kerja supaya lebih fokus.

 

4. Sikap professional

Dalam buku Steven Pressfield, The War of Art, ada menerangkan mengenai kepentingan melawan “halangan” (sikap bertangguh) dengan hanya melakukan tugas itu pada harinya dengan profesional.

Lihat bagaimana profesional dunia korporat hadir ke tempat kerja mereka setiap pagi sama ada mereka sedang mempunyai mood untuk membuat kerja atau pun tidak. Jadi, mahu atau tidak, wujudkan sikap profesional dalam diri dan kita akan letakkan emosi ke tepi dan “just do it!”.

 

5. Self-reward

jared rice PibraWHb4h8 unsplash 1
Self-reward bukan sahaja hadir dalam bentuk material, tetapi juga terapi diri (Sumber foto: Unsplash)

Paling penting! Harus ganjari diri sendiri setiap kali dapat menyelesaikan sesuatu tugas atau pekerjaan. Ini memberikan kita lebih bermotivasi untuk menyiapkan sesuatu tugas dengan lebih cepat dan efisien.

Elakkan terlalu malas dan terlalu komited dengan dunia kerja. Hidup hanya sekali, berikan yang terbaik dalam menggapai apa yang diinginkan. Tiada istilah gagal jika anda tidak berusaha dan berubah.

Semoga bermanfaat!

 

Sumber: Medium