nik shuliahin BuNWp1bL0nc unsplash scaled
nik shuliahin BuNWp1bL0nc unsplash

Lepaskan Yang Berlalu, Ini Cara Berdamai Dengan Perasaan Sesal dalam Diri

regret something you said 1 299b4a6
Perasaan bersalah boleh mendera jiwa. Berjaga-jaga. (Sumber foto: Happify)

TIDAK ada yang lebih mengecewakan selain daripada mengetahui bahawa kita sebenarnya  telah membuat pilihan yang salah. Perasaan menyesal akan datang kepada kita seperti awam hitam yang berarak sehingga kita tidak lagi berasa ceria dan bersemangat untuk hidup.

Kadang kala, kesilapan yang kita lakukan itu terlalu besar. Kita tak hanya kecewa, malah kita juga didatangi perasaan seperti malu dan rasa bersalah yang mendera hati dan perasaan.

Namun begitu, segala yang terjadi sudahpun terjadi. Berikut adalah beberapa perkara yang kita boleh lakukan supaya boleh menerima ketentuan dan teruskan berjalan.

 

Kehilangan ialah permulaan baru

Apabila kita meletakkan usaha untuk mendapatkan sesuatu, sudah tentu kita akan mempunyai harapan yang tinggi. Tapi, jika apa yang kita dapat tak menyamai apa yang kita harapkan, sudah tentu kita akan merasai kesedihan.

Contohnya, kita dah lakukan banyak perkara namun bos kita tetap tak menyukai idea kita. Mulalah kita rasa menyesal sebab berusaha dan hilang motivasi.

Namun, kita boleh yakinkan diri kita bahawa setiap yang terjadi sudah tentu ada sebabnya. Paling tidak, ia adalah petanda supaya kita boleh hasilkan lebih banyak idea dan cabar diri kita untuk berfikir dengan cara berbeza.

 

Kita bukanlah kesalahan kita

love yourself woman yellow2
Kita menjadi lebih baik kerana pengalaman hidup yang kita lalui. (Sumber foto: Tony Fakhry)

Apabila bekerja, kita memang akan ditekankan dengan nilai kesempurnaan. Tak boleh ada silap sepanjang kita bekerja. Kadang kala, nilai ini terbawa-bawa sampailah kepada kehidupan kita.

Kita tak boleh terima kalau ada sesiapa yang buat salah kepada kita dan begitulah sebaliknya. Ingatlah, diri kita tidak sepatutnya didefinisikan dengan kebolehan kita untuk menjadi sempurna sebaliknya pengalaman yang telah mencorakkan siapa kita hari ini.

Sedikit rasa sesal sebenarnya bagus

Walaupun perasaan menyesal sangat memeritkan namun dengan adanya perasaan itu, kita akan memahami bahawa perbuatan kita kadangkala boleh membuat orang lain terluka.

Maksudnya, ada beberapa perkara yang kita kena ubah seperti cara layan kita dengan orang lain.

Inilah masanya untuk kita bermuhasabah dan bertanya kepada diri kita apakah perkara yang boleh kita pelajari untuk dijadikan pengajaran di masa mendatang.

Sebaik sahaja kita menerima segala kekurangan dan kesilapan yang telah kita lakukan. Lebih mudah untuk kita berdamai dengan perasaan menyesal dalam diri kita.

Jangan biarkan perasaan tersebut membunuh semangat kita untuk hidup kerana banyak kesempatan akan selalu menanti kita di masa mendatang jika terus berjalan.