Minimalists Today Online 1024x683 1
Minimalists Today Online 1024x683 1

Jom Jadi Lebih Tenang Dengan Style Hidup Minimalis

SEJAK kita kecil lagi, kita dah disuruh untuk kejar dan cipta banyak benda dalam hidup kita. Jika kita tak dapat apa yang orang sebaya kita ada, maka kita dianggap sebagai gagal.

Papan iklan, radio, surat khabar atau majalah semuanya meletakkan tahap tertentu tentang apa yang kita kena capai dalam hidup. Hasilnya, kita saling mengejar untuk dapat rumah yang mewah, kereta mewah, fesyen paling terkini atau gajet paling canggih.

Tapi, dalam hati kecil kita, kita sebenarnya tahu yang itu semua bukanlah punca sebenar kebahagiaan. Macam mana kalau kami katakan dengan hidup sederhana,  akan lebih membawa ketenangan dan kebahagiaan. Ia akan membuatkan kita berjaga-jaga dalam untuk guna wang, tenaga dan masa.

Jadi, berikut kami senaraikan beberapa perkara yang kita boleh lihat untuk mendapatkan kehidupan serba minimal.

570881
Minimalis tak hanya tentang bagaimana kita menyusun rumah. (Sumber foto: The Star)

 

Pakaian

Kalau nak diikutkan, kita hanya pakai 20 peratus baju daripada apa yang ada dalam almari. Maksudnya, kita ada banyak baju yang tak perlu dalam almari itu. Jadi, daripada kita guna ruang yang banyak untuk benda yang kita tak perlu, apa kata kita kurangkan barang dan fokus sahaja kepada pakaian yang kita benar-benar perlukan.

Dengan ini, kita akan kurang stress nak pakai apa setiap hari. Cuba sediakan baju yang anda perlukan hanya untuk 3o hari. Anda akan rasai sendiri kelainannya.

 

Dekorasi

cdn.cliqueinc.com cache posts 195935 how to decorate like a minimalist 1814000 1466621164.700x0c 76f47a6443db4ee09a3149fa66f0b111
Simpanlah barang yang hantar beri anda nilai peribadi. (Sumber foto: MyDomaine)

Ada banyak dekorasi dekat rumah kita yang tak memberi kita apa-apa nilai peribadi. Kita selalu beli barang sebab nak sama dengan warna karpet atau sebab ia murah. Tetamu yang datang rumah kita pun tak rasa aura ruangan itu milik kita. Jadi, lepas ini kita simpan barang-barang yang membawa nilai dalam diri kita sahaja. Kemudian cuba anda lalu di sekeliling bilik, anda akan rasai perasaan lain apabila dekorasi tersebut dekat dengan diri kita.

 

Barang memasak

Bila sampai kepada masak, sederhana adalah pilihan yang terbaik. Jadi, kita kena memilih apakah barang memasak yang kita perlukan. Ia termasuklah pisau, sudu, kabinet dapur. Kalau benda yang kita tak perlukan,  jauhkan dari dapur supaya kita lebih tenang nak memasak.

 

Televisyen

Cuba jujur, berapa kerap kita tengok televisyen dalam sehari? Kebanyakannya tak tengok sangat pun. Jadi, apa kata kita tak payah beli televisyen. Lebih baik kalau kita ada sofa yang selesa berbanding televisyen. Kesannya, kita tak tengok sangat televisyen dan ada lebih banyak masa untuk bersama keluarga.

 

Perabot

neutral walls minimalist design
Kurang barang, kurang serabut. (Sumber foto: Extraspace)

Terlalu banyak sangat perabot dan barang dekat rumah boleh menyebabkan pengudaraan terganggu. Dengan mengurangkan jumlah perabot di dalam rumah kita akan mempunyai lebih banyak ruang daripada biasa. Bukan itu sahaja, kita pun mudah nak bersihkan rumah.

Memang susah kalau tiba-tiba kita yang dah biasa hidup dengan barang banyak ini tiba-tiba nak hidup gaya minimalis. Tapi tak mengapa, anda boleh lakukannya perlahan-lahan. Mesti kita akan lebih tenang nanti.