japheth mast Ls3yexjyRpk unsplash scaled
japheth mast Ls3yexjyRpk unsplash

Cara Jadi Orang Yang Menang Dalam Diam

RAMAI yang sangka, kalau seseorang itu dah jadi terkenal, maksudnya dia sudah berjaya. Sebab itulah ada golongan yang sanggup buat apa sahaja asalkan namanya melonjak naik dan mendapat liputan meluas.

Tapi, tahukah anda, ada ramai orang hebat dan berjaya  jauh daripada perhatian masyarakat.

Bila orang tak tahu tentang kejayaan seseorang, mulalah dia dipandang serong. Bila namanya sudah disebut, barulah dia dilihat sebagai juara.

Ada orang yang melakukan banyak perubahan dan perkara penting kepada masyarakat tapi lebih selesa melakukannya secara senyap-senyap.

Berikut adalah beberapa sebab kenapa seseorang memilih menjadi pemenang dalam diam.

 

Tak pernah kisah nak nampak macam juara

ruthson zimmerman Ws4wd vJ9M0 unsplash
Kebanyakan orang berjaya dalam diam tak suka kewujudannya digembar-gemburkan (Sumber: Unsplash)

Selalu nak nampak macam pemenang memang memenatkan. Semua benda nak kena kemas kini dekat media sosial supaya pengikut anda kekal terinspirasi. Bukan itu sahaja, anda kena tulis banyak skrip ucapan yang bagus dan hadiri banyak temu ramah.

Mereka yang memilih menjadi juara secara senyap-senyap lebih suka mencipta banyak benda baru berbanding menjenamakan diri sendiri dengan cara yang mengarut.

 

Lebih banyak bertanya

Banyak memberi jawapan sangat membosankan bagi mereka. Oleh itu, mereka lebih suka kalau bertanya lebih banyak soalan dalam perbualan mereka. Ini kerana, mereka merasakan bertanya boleh membantu mereka meluaskan pengetahuan dan idea. Semua idea tersebut berpotensi untuk membantu mereka mencipta kejayaan lain.

 

Mereka puji kebolehan orang lain

krakenimages 376KN ISplE unsplash
Orang berjaya tak lokek berkongsi resipi kejayaan bersama (Sumber foto: Unsplash)

Mereka yang menjadi juara dalam senyap tak kisah kalau bersembunyi. Mereka memuji kebolehan orang lain dan tak pernah menganggapnya sebagai sebuah ancaman. Hasilnya, mereka menarik lebih banyak jiwa orang-orang baik yang ikhlas dan bukannya sekadar menjaga reputasi semata-mata.

 

Mereka pakai macam orang biasa

Kalau mereka jalan di tengah orang ramai, anda tak akan kenal mereka. Mereka pakai macam orang kebanyakan. Mungkin jeans, t-shirt biasa dan kasut. Sangat biasa. Mereka tak perlu baju berjenama mahal-mahal dan berkilau untuk tunjuk mereka berjaya. Mereka tak perlu jam mahal untuk pastikan orang lain memandang tinggi kepada mereka.

 

Mereka tak suka dikejar media

fab lentz mRMQwK513hY unsplash
Kejayaan tak boleh ditentukan oleh populariti (Sumber foto: Unsplash)

Populariti kadangkala menakutkan. Mereka tak nak selalu dilihat. Susah bagi mereka nak beli ikan di pasar atau beli-belah di pasar raya. Ramai pula orang nak minta selfie. Mereka lebih selesa memilih menjalani kehidupan orang yang normal dan bukan sesiapa.

Mereka buat sesuatu perkara yang besar kerana mereka seronok melakukannya. Bukan untuk meraih perhatian sesiapa. Mereka bergerak secara senyap-senyap namun hasil kerja mereka selalu membanggakan.

Menjadi juara atau pemenang tidak semestinya kita kena menjerit dan memaklumkan kepada semua kejayaan kita.

Kita boleh melakukannya secara senyap-senyap sahaja. Perhatikan siapa yang senyap sahaja duduk di sudut meja. Kepintaran mereka mungkin boleh  mengejutkan anda.