shutterstock 666114520 scaled
shutterstock 666114520

Nak Rasa Produktif & Bersemangat? Lakukan Perkara Mudah Ni Setiap Pagi

Kita semua pasti pernah merasa satu pagi yang malas untuk melakukan apa-apa perkara tapi terpaksa juga bergerak dari katil untuk melaksanakan rutin harian, walaupun badan dalam keadaan lesu dan tidak bersemangat.

Lebih malangnya lagi apabila situasi ini banyak kali terjadi berbanding hari yang bersemangat.

Kebetulan, anda sekarang berada di tempat yang betul sebab kita disini ingin kongsikan beberapa perkara wajib dilakukan pada setiap pagi untuk rasa semangat! Antara lain:

 

Sarapan pagi

brooke lark HlNcigvUi4Q unsplash
Sarapan merupakan makanan harian yang paling penting (Sumber foto: Unsplash)

Ramai ambil enteng tentang kepentingan sarapan tapi pengambilannya adalah satu kemestian yang tidak boleh dipandang mudah kerana dapat membekalkan tenaga sepanjang hari untuk lebih cergas dan produktif.

Apabila kita bangun tidur, paras glukosa dalam darah agak rendah. Jadi, dengan pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang sewaktu sarapan sekaligus membekalkan tenaga cukup bagi memulakan hari dengan lebih cergas.

Sebaiknya, ambil sarapan selepas jam 7 pagi dan sebelum jam 9 pagi.

 

Berkomunikasi

etienne boulanger erCPgyXNlto unsplash
Berinteraksi pada paga hari dapat memberikan kita input yang baik (Sumber foto: Unsplash)

Ada banyak sebab mengapa manusia perlu berkomunikasi, salah satunya adalah untuk keperluan kesihatan fizikal dan mental. Lagipun bila kita berkomunikasi, otak kita akan memproses perasaan sekaligus akan memberi kesan terhadap emosi.

Paling penting pastikan anda bercakap tentang perkara positif, bukan perkara yang merosakkan emosi. Pagi-pagi kena chill! Jika anda duduk sendirian, buat panggilan dengan keluarga atau pasangan untuk menaikkan mood semangat.

 

Jauhi telefon

Tak dapat dinafikan zaman 2000 adalah zaman perkembangan teknologi dimana telefon pintar dan internet sudah seperti oksigen bagi setiap orang.

Tapi, apa kata setiap kali bangun pagi elakkan melihat skrin telefon tapi melakukan aktiviti seperti orang normal. Bangun, mandi, sarapan dan bercakap dengan orang. Selesai lakukan empat aktiviti ini, baru check telefon. Lihat semangat anda pada hari itu, pasti semangat lain sikit sebelum memulakan kerja.

 

Fikir positif

tatiana rodriguez jf2VduyPrnI unsplash
Jangan lupa juga untuk bersyukur setiap kali bangun tidur! (Sumber foto: Unsplash)

Bila kita fikirkan benda yang positif secara tak langsung tindakan dan emosi kita pun akan mengeluarkan aura positif.

Ya, celik je mata pasti sudah terfikirkan kerja yang melambak di pejabat dan di rumah tapi ingat satu je, kerja tak akan pernah habis sampai hari kiamat. Jadi, susun jadual kerja, rilek dan enjoy every moment!

Cukup setakat empat tip ini. Cuba dulu lakukan dengan konsisten dan lihat apa hasilnya. Nanti update dengan kami ye!