1027519
1027519

Dinobat Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia, Jurulatih Dedah Rahsia Nicol David

BARU-baru ini Malaysia mencipta satu lagi sejarah membanggakan untuk negara apabila Datuk Nicol Ann David telah telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia. Beliau telah mendapat undian tertinggi sekali gus mengalahkan 23 calon yang mewakili sukan masing-masing sepanjang sejarah 40 tahun temasya sukan.

Media sosial dibanjiri dengan ucapan tahniah kepada lagenda skuasy dunia itu termasuklah daripada pihak The World Games menerusi Twitter rasmi mereka.

Namun, untuk mengecapi kejayaan seperti ini, banyak juga perkara yang telah dilalui Nicol. Beliau tidak seperti kanak-kanak lain ketika zaman kecilnya. Sejak berumur sembilan tahun lagi, Nicol tahu apa yang diingininya.

large thumb 7acd
Pada usia 15 tahun, beliau telah pun memenangi Kejuaran Dunia. (Sumber foto: Says)

 

Skuasy cinta pertama

Sukan skuasy bukanlah sesuatu yang popular pada waktu itu. Namun, Nicol percaya bahawa ia adalah minat yang boleh menjadikannya seorang Juara Dunia. semasa kanak-kanak lagi beliau sudahpun menjelajah satu Malaysia untuk menyertai kejohanan skuasy. Sejak muda lagi, Nicol sudah menjalinkan persahabatan dengan pemain dari luar negara.

Baru sahaja berusia 15 tahun, Nicol sudahpun  memenangi kejohanan Terbuka Dunia. Bakatnya semakin menyerlah dan dipandang. Beliau tidak pernah menoleh lagi ke belakang. Setiap hari beliau berlatih. Setakat tegang otot dan sakit badan, beliau sudah biasa.

Jurulatih beliau iaitu Liz Irving pernah mendedahkan bahawa Nicol tidak pernah sekali pun ponteng latihan walau letih macam mana pun. Ini ialah etika kerja dan disiplin yang benar-benar menakjubkan.

wow
Beliau tidak pernah ponteng latihan dan gigih berlatih. (Sumber foto: Malaymail)

 

Pernah kalah teruk

Siapa kata Nicol tidak pernah kecundang? Beliau pernah kalah teruk semasa Sukan Asia 2002. Tapi beliau tidak bersedih lama. Beliau terus mengubah strategi dan terbang ke Amsterdam bertemu Liz Irving. Di sanalah Nicol banyak berfikir dan merencanakan langkah baru.

Akhirnya, beliau kembali dengan menjadi pemain Malaysia pertama yang memenangi Terbuka Britain dan Terbuka Dunia. Bermulalah beliau sebagai seorang jaguh yang bergelar juara dunia seperti yang diidamkan sejak kecil. Bukan itu sahaja, Nicol juga menjadi atlet termuda yang menerima gelaran Datuk. Waktu itu beliau baru sahaja berusia 24 tahun.

Kini, beliau telah bersara dan sangat yakin bahawa Malaysia mempunyai bakar baru yang bakal bersinar sepertinya nanti. Tahniah, Malaysia Boleh!