79371662 574488653118576 6499078999770111752 n 1
79371662 574488653118576 6499078999770111752 n 1

Pernah Dikatakan Gagal Pelajaran di UK, Lihat Di Mana Nur Amalina Che Bakri Sekarang

SEBUT sahaja nama Nur Amalina Che Bakri, membuatkan ramai yang teringatkan individu yang berjaya meraih keputusan cemerlang iaitu 17A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2004 ini.

Bertitik tolak daripada kejayaan itu, beliau melanjutkan pengajian peringkat A-Level di United Kingdom pada September 2005 dalam bidang perubatan.

Beliau kemudian, menamatkan pengajian di University of Edinburgh pada Julai 2013 dan melanjutkan pengajian dalam Masters of Philosophy (MPhil) in Translational Medicine and Therapeutics (TMAT) di University of Cambridge.

tn 20
Amalina sewaktu hari graduasi Ijazah Sarjana Muda beliau (Sumber foto: greenboc.blogspot.com)

Seterusnya beliau meneruskan pengajian di Imperial College London pada Ogos 2015 untuk menjadi seorang doktor pakar bedah dan felo akademik klinikal di bawah naungan NHS Healthcare Trust.

Malah, anak tunggal kepada Sabariah Hassan, seorang pengetua sekolah menengah ini juga telah menyumbang hasil tulisan dalam buku bertajuk ABC of Medically Unexplained Symptoms  yang memfokuskan terhadap Pelvic and Reproductive System Symptoms.

Namun, di sebalik kejayaannya ini, terdapat ura-ura mengatakan beliau telah pulang ke Malaysia secara senyap kerana gagal melanjutkan pengajian di sana akibat kejutan budaya di negara barat.

Ini kerana rakyat Malaysia melihat menerusi perkongsiannya melalui media sosial dengan pakaian yang agak menjolok mata, rentetan itu, ramai mengecam dirinya kerana tidak menjaga adab dan tidak pandai jaga diri.

gambar+Amalina+Che+Bakri
Gambar Amalina yang pernah disebarkan bagi memburukkan namanya (Sumber foto: greenboc.blogspot.com)

Hebatnya, situasi itu langsung tidak mematahkan semangatnya untuk terus belajar menjadi doktor pakar, malah menyumbang lebih banyak perkara kepada negara.

Antaranya adalah, membawa bayi berusia 10 bulan, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang menghidapi ‘Germ Cell Tumor’ untuk dirawat di London, United Kingdom.

Hasil usaha anak Malaysia ini juga dapat mengumpulkan barisan pakar perubatan dari dalam dan luar negara untuk sama-sama terlibat bagi menjayakan misi menyelamatkan Ainul.

EaKKO WX0AMnHV1
Usaha Amalina membedah dan merawat Ainul Mardhiah pasti dikenang semua (Sumber foto: OhBulan!)

Kegigihan wanita berdarah Melayu ini sekali lagi mendapat pujian masyarakat Malaysia hinggakan ramai yang ingin mengenali figura ini dengan lebih dekat.

Berikut adalah pencapaian terkini beliau dan terbukti bahawa Amalina khabar angin yang mengatakan beliau gagal ketika melanjutkan pelajaran di United Kingdom adalah palsu semata-mata.

  1. Nur Amalina  Che Bakri merupakan Pelajar Tajaan Bank Negara Malaysia (BNM).
  2. Mempunyai Ijazah Universiti Edinburg Scotland (Ijazah Sains Biomedik dalam Farmakologi dan Ijazah perubatan). Double degree.
  3. Sarjana di Universiti Cambridge (Kepujian Kelas Pertama) bagi kursus translasi perubatan dan terapeutik
  4. Nur Amalina sekarang sedang menjalani latihan sebagai doktor pelatih
  5. Menyambung pelajaran ke peringkat PHD atau Doktor Falsafah dalam bidang kanser payudara dan onkoplastik di Kolej Imperial, London
  6. Sedang berusaha ke arah menjadi perunding dan pakar bedah kanser payudara.
  7. Membuat pembentangan kertas Thesis di Persidangan Kanser Antarabangsa di Houston Texas, USA
  8. Beliau juga telah bentangkan sebanyak enam kertas kajian di peringkat dunia untuk kajian perubatan dan ada antara kajian Amalina Che Bakri adalah yang terbaik

Jika ingin melihat contoh resume Aamalina Bakri, boleh semak di profil LinkedIn miliknya di sini.

img 1720 1
Keratan akhbar berita kecemerlangan Amalina dalam SPM, 15 tahun yang lalu (Sumber foto: greenboc.blogspot.com)

Semoga ketekunannya belajar dalam bidang perubatan memberikan inspirasi dan menjadi contoh kepada kita, terutama kepada para pelajar yang sedang menutut pembelajaran, untuk meraih kejayaan sama ada di dalam mahu pun di luar negara, walau dalam bidang apa pun.

 

Sumber: MStar