jason strull KQ0C6WtEGlo unsplash scaled
jason strull KQ0C6WtEGlo unsplash

Kata Pakar, 5 Perkara Ini Boleh Buat Fikiran Kita Semakin Tajam

KECERDASAN dan ketajaman fikiran ialah penyebab yang membuatkan seseorang boleh menghasilkan idea yang bernas. Sudah pasti orang sebegini yang akan dicari dalam syarikat dan boleh menyumbang kepakaran kepada masyarakat. Kita menjadi seseorang yang penting sekiranya mempunyai fikiran yang kritikal.

Sebenarnya ada lima perkara yang boleh membantu untuk meningkatkan ketajaman fikiran seperti yang dicadangkan oleh Dr. Sanjay Gupta yang merupakan pakar bedah saraf di Amerika Syarikat. Jom kita baca apakah aktiviti yang dicadangkan beliau.

 

Bergerak secara aktif

IMG 3142.0
Berbasikal salah satu senaman yang ideal (Sumber foto: Vox)

Penting sebenarnya untuk pastikan badan kita bergerak. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali bersenam. Lakukan tiga kali seminggu.

Kita juga boleh mempelbagaikan aktiviti fizikal. Kalau selama ini kita jogging, lepas ini kita boleh kayuh basikal atau berenang. Katakanlah kita tak sempat nak bersenam petang ini, kita boleh berjalan sekeliling rumah sewaktu bercakap di telefon, menaiki tangga di pejabat atau parking kereta jauh sikit.

 

Buat benda baru

Belajar perkara baru setiap hari boleh menguatkan minda. Ada beberapa perkara yang kita boleh lakukan seperti baca sesuatu di luar daripada bidang kita. Kita juga boleh cuba melukis atau buat resepi masakan baru. Bukan itu sahaja, ada banyak kelas atas talian yang boleh kita hadiri antaranya kelas belajar bahasa asing.

 

Bertenang dengan tidur

getting a good nights
Tidur dapat merehatkan minda (Sumber foto: Ghatreh)

Tak hanya badan kita yang perlu bertenang, minda kita pun kena buat benda yang sama. Tidur yang tak berkualiti boleh menyebabkan ingatan kita tumpul tau. Jadi, susah kita nak belajar benda-benda baru. Kita digalakkan untuk tidur sekurang-kurangnya tujuh hingga lapan jam sehari. Kalau boleh, jangan makan apa-apa tiga jam sebelum kita masuk tidur. Sebelum tidur, kita digalakkan untuk mandi air panas dan pastikan bilik berada dalam keadaan gelap sepenuhnya tanpa gajet.

 

Jaga pemakanan

Menjaga pemakanan juga salah satu faktor terbesar yang boleh membantu meningkatkan ketajaman fikiran. Kita digalakkan untuk mengurangkan kandungan gula, mengurangkan porsi makanan serta minum lebih banyak air. Rancang awal pemakanan kita bagi mengelakkan kita makan benda segera untuk cepat kenyang.

 

Hubungan yang sihat

Perhubungan yang baik dan sihat juga boleh meningkatkan kemampuan otak kita untuk beradaptasi. Jadi, musim pandemik ini jangan pernah berasa sendiri di dalam rumah. Kita boleh hubungi kawan-kawan yang dah lama kita tak dengar khabarnya.

Dengan melakukan perkara ini, ia tak hanya memberikan fikiran yang tajam, tetapi ia juga boleh memperbaiki mood kita. Bila mental kita bahagia, sudah tentu fizikal kita juga akan merasai perkara yang serupa.

Jadi tunggu apa lagi, jom mulakan projek tajamkan fikiran kita hari ini!