simon migaj Yui5vfKHuzs unsplash scaled
simon migaj Yui5vfKHuzs unsplash

Ini Perkara-Perkara yang Kita Kena Buat Sebelum Capai Umur 30

HIDUP ni, kita kenalah enjoy, apatah lagi kalau umur kita menjelang 30. Maklumlah, menempuh alam mendewasakan kita ni, pelbagai cabaran dan dugaan perlu ditempuh terutama pada usia 20-an, tapi itu bukan alasan untuk hadkan diri kita merasa perkara yang menyeronokkan sehingga terlepas untuk mencipta kenangan indah ketika usia di fasa 20-an.

Jadi, tidak kira sama ada anda lagi 10 setahun nak 30 tahun atau lagi sebulan nak cecah 30, apa kata buat lima perkara ini untuk mewarnai dan mengembalikan semangat sebelum menempuh fasa seterusnya.

 

Mahirkan Diri dalam Masakan

max delsid 0geTqSZ76Xg unsplash
Asal belajar, semua orang boleh memasak (Sumber foto: Unsplash)

Sekurang-kurangnya belajar tiga jenis hidangan masakan dan tiga jenis minuman air. Pastikan masak tanpa menggunakan buku masakan atau bantuan Google.

Oh! Mahir dalam membancuh air pula, janganlah air yang mudah seperti sirap bandung. Apa kata bancuh air yang sukar misalnya passion fruit, koktail atau longan masam manis.

 

Menyertai Sukan Lasak

Seterusnya libatkan diri dalam melakukan aktiviti sukan lasak misalnya marathon, mendaki bukit atau gunung, kayak, bungee jumping, rafting, berenang, wall climbing dan banyak lagi!

Maklumlah nanti dah usia 30, tenaga tak sebanyak usia 20. Manfaatkan sebaik mungkin tenaga pada usia muda ni.

 

Melakukan Perniagaan

dan burton oNlMfgwLbWI unsplash
Kalau mahu berniaga, boleh sahaja mula secara kecil-kecilan (Sumber foto: Unslash)

Pasti ada pembaca kami merasakan sukar untuk membuat perniagaan, tapi nama pun mencuba sesuatu, jadi sebelum angka 30 jadi lakukan saja. Jual apa saja yang timbul dalam fikiran anda. Mulakan perniagaan di rumah kecil-kecilan pun sudah memadai.

Sekurang-kurangnya merasa bagaimana menjadi seorang peniaga. Lagipun mana tahu, perniagaan yang suka-suka akhirnya mendapat sambutan hangat! Waktu tu, jangan berhenti. Teruskan saja menjadi usahawan yang berjaya!

 

Pentingkan Kesihatan

Biasalah bila usia 20-an kadang-kala makan tak ikut masa dan bila dapat makan mesti makan makanan yang kurang berkhasiat. Jadi, apa kata mulai sekarang susun pola pemakanan yang lebih berkhasiat?

Bukan apa, apa yang kita makan hari ini adalah cerminan kesihatan kita pada masa akan datang. Nak ke umur 30 dah ada penyakit tiga serangkai?

 

Wujudkan Tabung Simpanan

micheile henderson ZVprbBmT8QA unsplash
Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit (Sumber foto: Unsplash)

Pernah dengarkan peribahasa bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian? Mulai sekarang, cuba menyimpan sekurang-kurangnya RM100 atau paling sedikit RM25 sebulan.

Memang nampak jumlah simpanan sikit tapi bayangkan kalau umur dah cecah 30 tahun nanti betapa seronoknya berjimba dengan duit yang kita kumpul sepanjang usia 20-an!

Mungkin ada yang anda sudah buat dan mungkin ada yang belum. Apa pun, pastikan lakukan kesemuanya!

 

Sumber: Elle