EYJAfAFU4AEK5P0 1
EYJAfAFU4AEK5P0 1

“Sukan Tiada Masa Depan,” – Azlan Mubin Buktikan Mentaliti Itu Tidak Benar

RAMAI yang menganggap sukan tidak memberi apa-apa jaminan masa depan sehinggakan ada ibu bapa yang melarang anak mereka melebarkan sayap dalam bidang sukan kerana dikatakan tidak ada masa depan.

Tapi sebenarnya, bidang sukan mampu menjadi salah satu karier yang boleh menjamin masa hadapan jika kita benar-benar berikan 100 peratus usaha dan bersemangat mengapainya.

Bekas atlet sukan negara bola sepak takwraw, Azlan Mubin tidak menafikan memang timbul dalam kalangan orang sekelilingnya mengatakan sukan tidak mempunyai masa depan tapi dirinya menganggap itu adalah satu cabaran dimana dia akan buktikan sukan akan menghasilkan ‘buah’ satu hari nanti.

Image
Kenapa perlu mengalah sebelum mencuba? (Sumber: Twitter)

“Bila saya mula serius dengan takraw ni apabila salah seorang pemain negara berasal dari Kulim, Kedah juga iaitu Ahmad Rafi Mad Nor. Jadi, bila dia balik dari kem, saya ambil kesempatan menuntut ilmu dengan dia.”

Secara tak langsung segala apa yang dia kongsikan tu menjadi inspirasi pada saya yang saya akan main sepak takraw sampai wakil negara walaupun masa tu ramai cakap sukan ni tak boleh pergi jauh,” ceritanya.

Hasilnya, dengan menjadi atlet sukan negara bola sepak takraw, beliau meraih beberapa pingat yang mengharumkan nama Malaysia sehingga 2007 di mana Azlan berhenti bermain disebabkan kecederaan yang dialami ketika di pentas sukan.

Aksi libasan Azlan Mubin di STL 2019 - YouTube

Namun, beliau tidak berhenti disitu kerana Azlan mula menceburi bidang pengacaraan sukan dimana kebetulan ketika itu ada satu stesen television melamarnya untuk menjadi pelakon dalam satu drama bersama barisan atlet sukan yang juga pertama kali terjun dalam bidang lakonan.

Dalam pada masa yang sama, ada yang melihat Azlan mempunyai bakat dalam mengacara sukan.

“Seingat saya, sewaktu Sukma 2008 di Terengganu saya dijemput sebagai pakar pengulas sukan takraw tapi bila sampai sana pihak mereka bagi peluang lain juga dan dari situ saya belajar dan terus belajar walaupun awal-awal saya tak pandai dan tak minat untuk menceburi bidang pengacaraan sehinggalah saya gagal pada awalnya.

Image
Jangan cepat melabelkan diri sendiri sebagai seorang yang gagal. (Sumber: Twitter)

Tapi ada orang kata saya boleh jadi saya belajar sehingga saya rasa peluang ni tak semua orang dapat jadi terus belajar sampai sekarang,” kongsinya.

Terbukti sebenarnya, setiap daripada kita semua mempunyai kelebihan tersendiri. Bukan satu tapi lebih dari itu jika kita mencari. Paling penting diri kita tak sama seperti yang orang lain sebab tu tak perlu membandingkan.

Jadikan semangat Azlan Mubin sebagai inspirasi, berpendirian, bersemangat dan berani mencuba benda baru.

Give the best as you can!

 

Sumber: Youtube