tim gouw 1K9T5YiZ2WU unsplash
tim gouw 1K9T5YiZ2WU unsplash

Tanda-Tanda Anda Patut Berhenti Kerja Sekarang Juga!

SETIAP pekerjaan mempunyai tanggungjawab dan perlu mengagihkan masa supaya dapat diselesaikan tepat pada waktunya. Malah, terdapat baik dan buruk serta risikonya tersendiri. Tiada pekerjaan yang sempurna.

Persoalannya, apakah pekerjaan anda terlalu banyak buruk daripada baik? Bukan apa, jika anda berada dalam pekerjaan yang banyak buruknya seperti terlampau banyak bebanan kerja, itu tidak akan menampakkan diri anda seorang yang hebat tapi akan, membebankan mental dalam jangka masa panjang.

Mungkin kita merasakan pekerjaan yang kita galas tidak membebankan, tetapi sebenarnya membuatkan kita rasa terbeban dalam kita tak sedar.

Jom kita lihat tanda-tanda anda patut berhenti daripada pekerjaan yang memudaratkan diri dalam senyap. Jika korang ada tanda-tanda ini, bolehlah cari kerja lain dan sediakan surat notis perletakan jawatan kepada majikan anda.

 

Tak sempat makan

Apabila terlampau banyak kerja yang perlu dilaksanakan sampai terlupa untuk berehat dan makan tengah hari. Kalau sedar pun waktu rehat, anda merasakan masa seolah-olah terbatas dan hanya cukup untuk menyiapkan kerja.

Kadang-kadang kalau sempat jamah, mungkin makan sekadar untuk mengalas perut dan akan rasa lapar semula untuk jangka masa yang lama. Malah, kita sanggup menahan rasa lapar sehingga selesai segala kerja yang ada.

Lebih teruk lagi, anda sering mengalami gastrik atau pening kepala ketika melaksanakan tugas. Sayangilah diri anda. Percayalah, jika anda berhenti esok lusa majikan ada pengganti. Jika badan sakit? Fikirkanlah.

Selalu lupa banyak hal

074521500 1522746404 iStock 484980728
Hidup bukan disia-siakan dengan tekanan, cari kebahagiaan! (Sumber: Liputan)

Satu kajian dalam buku Frontiers in Human, apabila bebanan sesuatu pekerjaan terlampau berat, maka anda mudah lupa banyak hal kerana bebanan kerja yang berat akan membuat seseorang stres.

Bila stres melanda, maka otak tidak mempedulikan hal-hal remeh yang lain kerana terlalu fokus kepada sesuatu sekali gus membuatkan daya ingatan semakin lemah.

Cuba ingat balik, dalam melaksanakan tugas ada tak kadang-kadang anda terlepas pandang untuk melakukan satu perkara kerana terlalu banyak kerja nak diuruskan.

 

Tiada ‘me-time’

Jangankan ada masa untuk orang lain, waktu untuk diri sendiri pun belum tentu anda ada. Apabila kerja terlalu banyak,  kita tidak mampu berikan masa untuk memanjakan diri sendiri. Hidup seolah-olah seluruh waktu hanyalah untuk kerja sahaja.

Ini adalah salah satu ciri-ciri bahawa kita sedang berhadapan dengan tugas yang terlalu banyak. Walhal, memperuntukkan waktu untuk diri sendiri sangat penting supaya kita kembali bertenaga, produktif untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.

Apa guna menerima gaji tanpa dapat menikmati hasil dari gaji tersebut? Otak kita juga memerlukan waktu rehat tanpa perlu untuk memikirkan hal kerja.

 

Kerja lebih masa

https://iluminasi.com/bm/beri-saya-sebab-elfira-loy.html https://iluminasi.com/img/upload/beri-saya-sebab-elfira-loy.jpg beri saya sebab elfira loy Malaysia https://iluminasi.com/img/upload/beri-saya-sebab-elfira-loy-2.png beri saya sebab elfira loy 2 Malaysia ...
Budaya kerja lebih masa sangat popular di Jepun sehingga kebanyakan populasinya menghadapi masalah mental (Sumber foto: Iluminasi)

Mungkin ada yang memikirkan, kerja lebih masa akan meraih gaji yang lumayan tapi bayangkan kalau setiap hari anda terpaksa bekerja lebih masa, adakah berbaloi menghabiskan waktu di pejabat atau di hadapan komputer riba?

Lebih sedih lagi apabila kerja lebih masa anda tidak dibayar atau tidak mendapat apa-apa elaun. Hentikanlah budaya begini kerana anda sedang merosakkan gaya hidup anda. Sekarang, tiada apa yang percuma!

Boleh kerja tapi anda perlu jadi pekerja yang bijak. Jangan sampai memudaratkan gaya hidup dan kesihatan diri.

Kita manusia, bukan robot. Jadi kita sendiri kena tahu kemampuan diri kita sebagai seorang pekerja dan memahami semua informasi mengenai pekerjaan apa saja yang harus anda selesaikan setiap hari.

 

Sumber: Jobkartel