119232805 2775283082685641 7635886274960219071 n
119232805 2775283082685641 7635886274960219071 n

“Saya Pernah Rasa Tak Nak Hidup,” – Lihat Cara Tasha Shilla Keluar Dari Dunia Depresi

NAMPAK sihat secara luaran tapi tahap kesihatan dalaman, hanya kita sahaja yang tahu. Oleh sebab itulah ada segelintir masyarakat yang mengatakan depresi hanyalah perkara enteng dan boleh baik dengan sendiri. Walhal, kemurungan adalah satu perkara yang berat.

Fakta bagi penyakit kemurungan di Malaysia, kira-kira 2.3 juta orang mengalami kemurungan pada satu tempoh dalam hidup mereka dan salah seorangnya adalah selebriti tanah air, Tasha Shilla.

Siapa sangka pelakon jelita ini pernah mengalami kemurungan.

Screen%2BShot%2B2018 10 27%2Bat%2B12.47.15%2BAM

Fasa awal depresi

Menurutnya dalam sebuah temu bual, beliau mengalami depresi pada tahun 2014 dan pada ketika itu beliau sendiri tidak sedar bahawa dirinya sedang mengalami depresi. Namun apabila orang sekeliling sedar, beliau mula pergi mendapatkan rawatan.

“Tasha masa tu rasa putus asa, dah tak nak hidup, rasa diri saya yang dulu hilang sampaikan rasa sedih nak duduk dalam bilik je. Kalau tengah kerja pun, tiba-tiba rasa sedih tu datang sampai keluar air mata dan saya sendiri pun tak tahu kenapa saya sedih.”

“Bukan tu je, Tasha sukar untuk tidur sebab rasa sedih, lepas tu menangis sebab terlalu takut, terlalu risaukan apa yang terjadi pada masa depan dan terlampau risau dengan orang sekeliling,” ceritanya.

Tasha Shilla
Kehidupan adalah untuk tempuh ujian. (Sumber: Instagram Tasha Shilla)

Punca depresi

“Seingat saya, mungkin sebab apa yang saya impikan dan harapkan semua tak dapat sehingga buat diri saya sedih yang terlampau.”

“Tambah pula dalam kehidupan saya ada banyak perkara yang berlaku sampai saya tak dapat nak terima yang perkara tu berlaku dalam hidup saya.”

Tasha Shilla
Setiap orang ada kekuatan. (Sumber foto: Instagram)

Cara melepaskan depresi

“Sebelum saya jumpa dengan coach Fahmi, saya pernah berjumpa dengan ustaz utnuk berubat masalah saya tapi gagal. Kemudian, adik saya sendiri yang bawakan saya jumpa coach saya, lama-kelamaan bila dapatkan rawatan susulan, saya rasa diri saya jadi ringan.

Mungkin sebab apa-apa yang terjadi dekat diri saya, misalnya dengar suara dalam kepala suruh saya mati atau saya menangis dengan rasa takut,  saya akan terus telefon coach untuk beritahu keadaan saya. Sejak dari tu, saya mula sikit-sikit move on dari zaman yang saya rasa sangat menyedihkan!” katanya.

Image may contain: 1 person, standing
Sesungguhnya beserta kesulitan itu ada kemudahan. (Sumber foto: Instagram)

Dalam pada masa sama juga, coach Fahmi turut membuat perkongsian cara bagaimana seseorang pesakit murung keluar dari dunia depresi.

Menurutnya, bergantung kepada individu dan ketahanan mental seseorang kerana hanya dirinya sendiri saja yang dapat bantu. Orang sekeliling hanyalah bantuan tambahan.

“Dalam hal ini apa-apa berbalik pada diri sendiri. Bagaimana dia berfikir, cara dia menerima respon dari orang, macam mana dia menerima sesuatu situasi atau perkara, macam mana dia menguruskan emosinya.”

“Jadi, itulah aspek yang membolehkan seseorang mengalami dan keluar dari kemurungan,” jelasnya.

Malah, sewaktu Tasha sedang menjalani rawatan, dia pernah memuat naik posting menunjukkan tanda-tanda dan gejala kemurungan menerusi laman akaun Instagram miliknya.

Jom lihat adakah kita sebenarnya mengalami kemurungan. Jika ya, pastikan ada orang yang boleh menjadi pendengar setia dan penasihat yang baik atau berjumpa dengan kaunselor.

Untitled
Perkongsian Tasha Shilla di IG miliknya (Sumber foto: Instagram)

Penulis harap, sesiapa di luar sana yang mengalami kemurungan, ingatlah anda bukan keseorangan. Ramai yang menyayangi anda. Jalani dan nikmatilah kehidupan yang datang hanya sekali.

 

 

Sumber: MHI