farannb1911 1
farannb1911 1

“Tiada Keajaiban Atau Jalan Pintas..” – Ratu Gimnas Negara, Farah Ann Kongsi Rahsia Kejayaan

FARAH Ann Abdul Hadi, individu yang pernah menjadi suri teladan kepada belia Malaysia pada tahun 2016. Lebih membanggakan lagi apabila beliau membawa pulang tiga pingat emas sepanjang Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina dan juga memenangi enam pingat (termasuk dua emas) dalam acara gimnastik artistik di Temasya Sukan SEA 2015.

Malah, beliau bukan sahaja hebat dalam membina kejayaan di dalam gelanggang, beliau juga dikenali sebagai seorang atlet yang jelita, bijak dan mempunyai kualiti peribadi yang tinggi sehingga mampu menarik perhatian ramai.

Namun, di sebalik kejayaannya, terselit kepahitan yang terpaksa ditempuh dan banyak perkara yang perlu dititikberatkan untuk membawa nama negara dan diri ke peringkat antarabangsa. Bukan satu perkara yang mudah!

National Artistic Gymnast Farah Ann Hadi Qualifies For 2020 Tokyo Olympics | News | Rojak Daily
Farah Ann ketika beraksi di Sukan SEA 2015 (Sumber foto: Rojak Daily)

Apabila ditanya apakah rahsia kejayaannya dalam dunia sukan ini, Farah menjawab perlu sentiasa mengubah sasaran untuk meneruskan pembangunan potensi kerana sukan gimnastik perlukan kemahiran baharu setiap hari.

“Dalam meletakkan sasaran, jangan hanya melihat kepada kemampuan tubuh badan (kesihatan, kekuatan fizikal). Ambil tahu juga perkara yang kecil agar anda boleh memantau sejauh mana anda telah pergi sejak dari mula. Dengan cara ini, dapat beri lebih banyak motivasi kerana dapat lihat perkembangan,” terangnya.

Image may contain: 1 person
Setiap kejayaan bermula dengan mencuba. (Sumber: Instagram)

Seterusnya, Farah turut mengakui dirinya pernah merasa kecewa sebelum ini kerana beliau sudah berlatih berjam-jam lamanya, tetapi tetap gagal ke temasya Olimpik, sehingga beliau tidak boleh berlatih selama dua minggu.

“Saya ambil kekalahan dan rasa kecewa masa tu sebagai tanda perlu berusaha, memperbaiki kemampuan diri dan buat lebih baik untuk berjaya.”

“Dari situ juga, saya biarkan diri saya rasa down untuk belajar dimana kelemahan dan kesilapan. Saya juga percaya lepas kita belajar dan berusaha memperbaiki pasti ada perkara baik akan tiba,” tambah beliau lagi.

Image may contain: 1 person, dancing, standing and indoor
Jika jatuh, berdiri. Jika kalah, cuba lagi. (Sumber foto: Instagram)

Beliau juga menyelit nasihat buat semua orang yang sedang berusaha melakukan sesuatu tidak kira sedang menurunkan berat badan, mencari pekerjaan tetap atau sedang belajar bahawa perlu percaya kepada diri sendiri dan yakin dengan setiap usaha akan membuahkan hasil cuma cepat dan lambat saja.

“Setiap perkara yang kita nak capai, takkan wujud keajaiban atau jalan pintas kerana ada masanya keadaan menjadi sukar sampai nak putus asa tapi waktu itu ingatlah apa sasaran utama dan siapa lagi nak beri sokongan pada diri sendiri kalau bukan diri kita jadi percaya kita boleh buat sampai habis.”

Beliau yang mempunyai moto hidup mempercayai pada diri sendiri, bekerja keras dan berdisiplin untuk dapatkan kejayaan bagi setiap tindakan dan langkah kecil setiap hari.

 

Sumber: Grandstand Kita