02190508
02190508 yunanew cover 1585x780

Makan Selang Sehari, Yuna Juga Pernah Alami Kesukaran Hidup di US

DALAM industri seni tanah air, nama Yunalis Zarai sudah cukup dikenali ramai. Beliau bukan sahaja dikenali di dalam negara saja, malah mula mencipta nama dalam industri hiburan di luar negara dan mula mempunyai ramai peminat di Amerika Syarikat (AS).

Mana tidaknya, dia berjaya berkolaborasi bersama penyanyi antarabangsa yang terkenal seperti Usher, Jhene Aiko dan DJ Premier. Kesemua lagunya mendapat sambutan ramai di Amerika Syarikat.

Malah, beliau juga pernah tercalon dalam E! People’s Choice Award menerusi kategori The Most Inspiring Asian Woman 2019 dan pernah bernaung di bawah agensi peragaan terkenal antarabangsa iaitu Wilhelmina Models bersama barisan selebriti terkenal seperti Nicki Minaj, Shawn Mendes dan penerbit muzik, Kygo. Hebat!

Hakikatnya, tidak mudah untuk seseorang itu menempa sesebuah kejayaan. Apatah lagi jika dapat menempa nama ke peringkat antarabangsa.

Tak dapat dinafikan setiap orang ada cabarannya walaupun Yuna sudah mempunyai nama di tanah air sendiri dan berasal daripada latar belakang keluarga yang senang.

It Is Raining Fish In Batu Pahat! Netizen Astonished To Fish Swimming About In The Middle Of The Road - WORLD OF BUZZ
Tersenarai dalam E! People’s Choice Award antara kejayaan terkini beliau (Sumber: instagrammtv)

Buktinya, menerusi perkongsian Instagram Story (IG Story) Yuna, beliau pernah membuka cerita cabaran yang tak ramai yang tahu apa yang beliau bersama band dan perngurus peribadinya lalui sehingga apa yang dikecapi kini.

 

Diugut Tidak Sambung Kontrak Jika Mahu Kekal Berhijab

Menurutnya, beliau berterima kasih kepada Wawa yang setia menemani serta mengurus kerjaya seninya semasa beliau baru saja menceburi bidang hiburan dengan menyertai gig sehinggalah kini mempunyai syarikat sendiri, Yuna Room Records.

Tidak cukup dengan itu, ada juga pihak yang cuba mengambil kesempatan ke atas diri mereka dan ada juga yang bertindak untuk tidak menyambung kontrak jika dirinya tidak ingin mengubah imej kepada free-hair.

1. Ini Kisah Di Sebalik Kejayaan Yuna side
Catatan Yuna di IG Story miliknya (Sumber: IG @yuna)

 

Pernah Makan Mi Segera, Nasi dengan Sardin

Lebih mengejutkan lagi apabila beliau membuat pengakuan bahawa beliau pernah mengalami masalah kewangan.

Ketika itu, beliau berkongsi USD$15 (RM50) bersama band dan krew untuk makan dan kadangkala mereka bekerja secara percuma kerana tidak dibayar.

“Waktu awal baru berpindah ke LA, saya makan mi segera atau pun nasi bersama sardin dan makan sehari sekali semata-mata untuk berjimat. Maklumlah perbelanjaan di sana sangat mahal.”

“Jadi, bila bab makanan saya akan berkongsi dengan kawan-kawan dan saya akan ingat sampai bila-bila,” ceritanya menerusi posting di Instagram yang kini sudah dipadam.

biodata dan latar belakang penyanyi yuna 3
Rasa putus asa bukan musibah, tapi satu pilihan (Sumber foto: IG @yuna)

Mungkin itu sebahagian daripada kenangan pahit yang diceritakan, belum lagi cerita sepenuhnya yang mungkin akan tersimpan untuk pengetahuan dirinya saja.

Ternyata, Yuna bukan masuk bidang industri ini menggunakan duit atau ‘orang dalam’ seperti segelintir artis yang lain tapi dia menggunakan usaha dan semangatnya.

Tidak kira siapa pun diri kita, teruskan melangkah untuk gapai apa yang ingin dicapai. Biarlah ribut hujan yang mendatang, janji berusaha.

Percayalah, di setiap kepahitan pasti terselit kemanisan dan begitu juga sebaliknya.

 

Sumber: BuzzKini